'/>

LUNDU - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg sebentar tadi menyempurnakan Majis Pelancaran Projek Perumahan Skim Pembesaran Kampung Lundu di Tapak Projek Skim Pembesaran Kampung Lundu, Taman Perumahan Tabuan (Berhampiran projek rumah mesra rakyat, Jalan Sekambal) Lundu.

Skim pembesaran kampung, Lundu terletak 3.5 km dari Pekan Lundu dan 0.5km daripada Sekolah Menengah Lundu.

Cadangan untuk pembinaan baru akan melibatkan 20 unit rumah jenis bertiang yang akan dilaksanakan oleh HDC sepenuhnya.

Polis menahan seorang wanita warga Vietnam bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita terbabit, Doan Thi Huang, 29, telah ditahan kira-kira pukul 8.20 pagi hari ini di KLIA2 dekat sini.

“Suspek berjaya dikesan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) dan dia sedang keseorangan ketika ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Sajian makan tengah hari ala bufet tanda penghargaan kepada pihak media yang membuat liputan sepanjang PRK N3 Tanjong Datu bersama Abdullah Haji Saidol Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang juga Ahli DUN Semop bertempat di Bilik Media PRK N3 Lundu tengah hari ini.

YB Abdullah Haji Saidol dengan gesture biasa beliau sempat sembang dengan Presiden STAR Lina Soo yang dijangka mengadakan sidang media di Sugar Bun lokasi biasa STAR di Pekan Lundu pagi ini. Nang stesen STAR you.

Kematian Kim Jong-Nam abang tiri kepada pemimpin Korea Utara di Lapangah Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam menimbulkan seribu satu misteri.

Sumber Malaysia dan Korea Selatan percaya beliau telah dibunuh oleh seorang wanita yang seakan-akan bangsa korea.

Agensi berita Korea Selatan melaporkan beliau telah disuntik dengan racun. Manakala Malaysia mendakwa mereka menyiasat kes sebagai pembunuhan menggunakan kain yang mempunyai cecair beracun diserkup ke muka Kim.

Kami mendapat rakaman CCTV KLIA yang disyaki suspek kes ini. Sumber memberitahu terdapat tiga wanita yang berpakaian dan hampir seiras di kesan di beberapa lokasi KLIA selepas pembunuhan tersebut
Menurut Reuters Kim Jong-Nam merupakan musuh kepada pemimpin Korea Utara sekarang memandangkan beliau sentiasa mengkritik kerajaan Korea Utara dan berada di luar negara sejak sekian lama.

Agensi berita Korea Selatan, Yonyap turut mendakwa Kim dibunuh oleh ejen perisikan Korea Utara.

Foto by :mykmu.net

Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM4 juta bagi menjalankan projek baik pulih & membina struktur sekolah di kawasan Tanjong Datu sumber:https://t.co/gI1FqyI9as

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh hari ini mengesahkan seorang lelaki Korea Utara meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata polis identiti bagaimanapun masih siasatan lelaki itu dan punca kematian.

Mohmad berkata ketika dihubungi Bernama mengesahkan laporan berita asing hari ini yang menyebut bahawa Kim Jong Nam adalah kononnya setengah saudara kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, telah dibunuh di Malaysia semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika dihubungi Bernama malam ini berkata polis Malaysia sedang menyiasat kes itu.

Aman Polis Communications Bukit Korporat kepala SAC Asmawati Ahmad dalam responnya kepada Bernama melalui WhatsApp berkata: "mati itu ialah seorang lelaki Korea berdasarkan pasportnya.

Si mati mendapatkan rawatan di sebuah klinik KLIA tetapi kemudiannya dirujuk ke hospital," katanya. - BERNAMA

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY