'/>

TANJUNG MANIS :  Seorang lelaki berusia 39 tahun maut ditikam di leher  selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di luar  sebuah pusat hiburan  di Tanjung Manis awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei, P/Superintendan Poniman Morgiman berkata dalam kejadian kira-kira 4.00 pagi itu, polis menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki, namun punca pergaduhan masih belum diketahui dan sedang disiasat.

"Dalam siasatan awal, polis percaya suspek menggunakan senjata tajam  untuk menikam mangsa. Namun, kita masih melakukan siasatan jenis senjata yang digunakan dalam kes ini.

"Mangsa disahkan maut setelah tiba di Hospital Sarikei. Susulan kejadian itu, empat lelaki masing-masing berusia 24 hingga 34 tahun ditahan untuk membantu siasatan," katanya di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber:AS
 

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY