'/>

Akhirnya ADUN PKR mengalah dan buat keputusan 'flip flop'. Untuk menutup malu dan menyembunyikan drama yang dilakonkannya sebelum ini, ADUN PKR Batu Lintang, See Chee How menyatakan persediaan untuk menarik balik permohonan bagi semakan kehakiman jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk memberikan butiran mengenai cadangan yang dicadangkan bagi kawasan persempadanan semula.
See yang juga Naib Pengerusi PKR Sarawak, dan Pauls Baya Baram sebelum ini pada 28/01/2015, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mengisytiharkan notis SPR bagi cadangan untuk persempadanan semula batal dan tidak sah. Mahkamah Tinggi Kuching telah diberi kebenaran untuk mendengar semakan kehakiman dan menetapkan 19/03/2015, bagi kes yang berkenaan akan disebut.
See dalam perjumpaan dengan Pengerusi SPR di Dewan Masyarakat di Kuching, berkata terdapat prosedur dan prinsip bahawa SPR perlu ikuti untuk penggarisan sempadan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen II Jadual ke-13, seperti prinsip 'satu orang, satu undi, satu nilai'. Beliau memberikan beberapa syarat untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman. 
Antara syarat-syarat berkenaan adalah bahawa SPR mestilah menerbitkan maklumat terperinci mengenai cara-cara persempadanan itu dijalankan, wajaran yang diberikan kepada undi luar bandar, jumlah pengundi yang terjejas, mewujudkan kawasan baru dan bagaimana pengundi dipindahkan daripada satu bahagian pilihan raya yang lain.
Permintaan daripada ADUN PKR Batu Lintang ini bukanlah merupakan perkara baru. SPR sebelum ini telah, sedang dan akan melaksanakan perkara yang telah dibangkitkan oleh PKR. PKR Sarawak cuba mewujudkan drama sinetron di Sarawak dengan dengan mengadakan persepsi bahawa SPR tidak telus dan berpihak. Kalau betul See berada di pihak yang benar, beliau sepatutnya membiarkan Mahkamah Tinggi Kuching untuk mendengar semakan kehakiman yang ditetapkan pada 19/03/2015. 

Kenapa beliau menarik balik keputusan membawa kes tersebut ke mahkamah yang akan diperdengarkan dalam masa tidak sampai sebulan? Kenapa beliau perlu takut sekiranya beliau mempunyai kesemua bukti penyelewengan SPR untuk didedahkan? Ironinya, PKR dan mana-mana pihak yang mempertikaikan SPR selama ini tidak pernah memfailkan injunksi untuk menghalang SPR dari meneruskan persempadanan semula.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY