'/>

LAHAD DATU: Lima pelayar Malaysia, yang dilaporkan hilang dari sebuah kapal tunda di perairan Lahad Datu pada Isnin mungkin telah diculik.

"Kami tidak menolak kemungkinan lima yang berkenaan diculik," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun kepada pemberita di Lahad Datu pada Selasa.

Beliau berkata, sehingga kini tiada panggilan diterima oleh keluarga kru kapal tunda itu.

Malah Rashid turut menafikan khabar angin bahawa pemilik kapal tunda itu telah menerima panggilan pada lewat Isnin dan penculik menuntut 200 juta Pesos (RM20 juta) dan juga telah bercakap dengan mangsa.

"Tiada sebarang panggilan," katanya.

Beliau berkata mereka masih menyiasat kehilangan lima anak kapal yang dikenal pasti sebagai tiga rakyat Sabah iaitu Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.

Selain itu seorang lagi yang berasal dari Sarawak ialah Tayudin Anjut, 45, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari semenanjung.

Kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan lima yang berkenaan diculik penculik terkenal dari Selatan Filipina.

SEORANG anggota polis trafik yang bertugas untuk SUKMA 2016 dilanggar di lampu isyarat Miri Heritage lewat petang tadi. #tGOL

Yong Jin Kun memenangi Pingat Emas kedua buat Sarawak di SUKMA 2016 melalui acara Taegeuk.

Foto by Sarawakupdate

Turki Hampir Pasti Laksana Semula Hukuman Mati.

Turki hampir pasti melaksanakan semula hukuman mati, meski perkembangan terbaharu itu mengundang rasa kurang senang negara Barat.

Presiden Recep Tayyip Erdogan sudah pun memberi isyarat....akan meluluskan undang-undang jika ia diperkenalkan semula oleh Parlimen.

Beliau menegaskan demikian dalam perhimpunan pro kerajaan di Istanbul....meraikan kejayaan rakyat menggagalkan cubaan rampasan kuasa oleh tentera pengkhianat minggu lalu.

Turki turut menggesa Amerika Syarikat mengekstradisi Fethullah Gulen...pemimpin agama yang hidup dalam buangan di negara itu.
Ankara menuduh Gulen mendalangi cubaan rampasan kuasa oleh tentera itu.

#Turki #Erdogan #FethullahGulen #1News.

#InfoPenang Kawasan Telok Bahang banjir...!!! Kejadian ini dikatakan berlaku berikutan hujan lebat yang turun sejak semalam.

Kawasan Telok Bahang juga tidak terkecuali dari pembangunan projek-projek hartanah yang pesat. Pengondolan bukit bukau dan lereng bukit secara haram juga berlaku di kawasan ini.

Apakah ini bahana yang berpunca dari kerakusan manusia sendiri... ?

Sarawak wins Sukma XVIII first gold with Taekwondo poomsae mixed pair Augustine Rudy Grocer and Nurul Hidayah Abdul Karim with 7.37 points!
Foto by Borneopost online

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY