Bintangor:Skuad Sayang yang diketuai Hajah Dayang Rajemah menziarah isteri Mohd Nor Kasi.Sambil itu sempat memberi sumbangan kepada keluarga berkenan.
Related Pots
Kuching:Good evening.
*KENYATAAN MEDIA*
*KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH SARAWAK*
Pada 18/11/17, tujuh laporan polis telah diterima daripada individu-individu berlainan yang tidak berpuas hati terhadap satu komen oleh seorang pemilik akaun facebook yang berunsur ugutan ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak.
Siasatan telah dijalankan oleh polis di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Usaha juga telah dijalankan untuk mengenalpasti identiti pemilik akaun fb tersebut.
Pada 19/11/17 jam 2.30 petang, satu pasukan JSJ Kuching berjaya menangkap seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan tersebut. Saspek telah dibawa oleh ayahnya ke IPD Kuching setelah mendapat tahu bahawa polis sedang mengesan anaknya. Satu telefon bimbit milik saspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu telah dirampas darinya. Saspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang yang sama setelah keterangan diambil darinya.
*DATO' DEV KUMAR*
Related Pots
KUCHING: Polis sedang berusaha mengesan seorang netizen FB yang bernama "Gerard Hie" yang telah membuat komen ugutan mahu membunuh Ketua Menteri Sarawak DP Abang Johari Tun Abang Haji Openg.
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, ini adalah susulan dari satu laporan yang diterima polis berkaitan perkara ini.
“Polis sedang siasat di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti pemilik akaun facebook tersebut,” katanya sebentar tadi sambil mengesahkan laporan polis mengenai perkara berkenaan telah diterima di Balai Polis Gita jam 5 petang tadi.
Laporan polis tersebut telah dibuat Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak berkaitan komen yang dibuat oleh "Gerard Hie" dalam status milik Sarawak For Sarawakian S4S (Sarawak Liberation Movement) SLM.
Pada mulanya "Gerard Hie" menjawab status akaun tersebut; "Setelah Sarawak Keluar Malaysia, Apakah Perubahan yg Kitak maok" dengan menulis “Jatuhkan Parti BN”, sebelum melanjutnya kepada menulis “bunuh Abang Jo” sebagai menjawab soalan rakannya.
Sementara itu, dua laporan polis berkaitan perkara ini dibuat oleh Persatuan Waris dibuat di Kuching dan Bintulu pada hari ini serta dijangka beberapa laporan berkaitan perkara yang sama akan menyusuli dalam masa terdekat ini.
Dalam masa yang sama, pengasas dan penaung S4S Official Abdul Halim Hamdian, ketika dihubungi sebentar tadi menyatakan pihaknya juga akan membuat laporan polis berkaitan perkara ini kerana ianya melibatkan nama S4S.
"Kita tidak boleh berkompromi apabila seseorang mengeluarkan ugutan bunuh kepada Ketua Menteri Sarawak," katanya.
"Kita akan membuat laporan polis berkaitan ancaman ini di sekurang-kurangnya di dua tempat; di Kuching dan di Samarahan pada esok hari," katanya sambil menambah beliau sedang berbincang dengan rakan-rakannya mengenai laporan polis yang bakal dibuat esok.
#TeamAbgJo