'/>

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berperwatakan tegas serta memiliki karisma tinggi yang digeruni oleh kawan dan lawan mempunyai satu kebimbangan mengenai masa depan negara khususnya negeri Sarawak yang beliau terajui selama lebih 30 tahun.Beliau yang akan meletakkan jawatan akhir bulan ini bimbang dengan politik garis perkauman yang semakin melampau sejak kebelakangan ini.Katanya, politik seperti itu boleh membinasakan keharmonian antara kaum yang telah terbina selama ini.“Pada dasarnya apa yang saya bimbangkan ialah keharmonian antara kaum kita akan rosak; politik berasaskan perkauman dan bermain-main mengenai agama secara melampau,” kata Taib dalam satu temubual ekslusif dengan Astro AWANI di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Jumaat.Jelas Abdul Taib, politik yang mengeksploitasi sentimen perkauman yang sempit sedemikian akan mengubah landskap sosial negara ini. Ia menuntut satu kemahiran berpolitik untuk menguruskan keperluan masyarakat berbilang kaum yang pelbagai.Walau bagaimanapun, beliau tetap optimis ketahanan ekosistem sosio-politik negeri Sarawak tidak akan mendorong senario sedemikian berlaku di Bumi Kenyalang itu.“Sarawak ini tidak ada golongan majoriti. Orang Cina tak majoriti, orang Melayu tak majoriti, Iban pun bukan majoriti. Jadi untuk kita mencapai majoriti itu, perlu ada persetujuan besar iaitu berkongsi ideologi cinta kepada tanahair,” ujar Taib yang dijangka bakal menjawat jawatan Yang Di Pertua negeri Sarawak selepas ini.Sentimen Sarawak tinggalkan Malaysia?Dalam temubual singkat itu, Abdul Taib turut ditanya mengenai pandangan seorang ahli akademik yang mendakwa adanya peningkatan kecenderungan di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia.Beliau dengan keras menolak tanggapan berkenaan dan menyifatkan Sarawak akan lebih beruntung jika terus bersama dalam Malaysia.“Sarawak lebih beruntung di dalam Malaysia. Berdasarkan kajian, ramai berpendapat Sarawak dapat maju lebih cepat di dalam Malaysia kerana ekonomi kita lebih besar dan kerajaan pusat menjadi model kepada kita menjalankan ekonomi di negeri Sarawak,” tegas Taib.Beliau juga menegaskan Sarawak perlu terus berada di dalam Malaysia demi menjamin kestabilan keselamatan.“Kerajaan pusat besar dan boleh menstabilkan keadaan keselamatan. Sarawak dahulu terdedah kepada ancaman gerakan bawah tanah. Malaysia satu-satunya negara di dunia yang menang melawan gerakan gerila,” ujar Taib.Ketua Menteri itu mengulas kenyataan ahli akademik Monash Universiti Malaysia, Profesor James Chin yang mendakwa wujud peningkatan kecenderungan bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana merasakan muafakat sejak 50 tahun lalu itu tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.Chin dilapor membuat kenyataan itu dalam sebuah forum di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Read more

SEGAMAT: Lapan kanak-kanak belasan tahun yang mandi di Sungai Buloh Kasap, dekat sini, pagi tadi, dikhuatiri lemas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi tadi.


Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan mengesan kanak-kanak berkenaan.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY