'/>

Menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa kebakaran yang berlaku awal pagi ini Di Kampung Sarikei berdekatan dengan taman Hua Tai Sarikei. 援助泗华大区马来干榜火灾灾黎

Wakil dari Pusat Khidmat bersama Pemuda PBB N41 Kuala Rajang turun menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran, Khairulnisa Bt Morshidi yang beralamat No68 Lorong Jalan Masjid Baru 96100 Sarikei Sarawak.

Diharap sumbangan tersebut dapat meringan serba sedikit beban mereka. InshaAllah
//FB N41 DUN Kuala Rejang//

RUMAH KAYU MUSNAH DALAM KEBAKARAN

14 Mei - SARIKEI : Kebakaran  rumah kayu di Jalan Masjid Baru/Lorong 2 Jalan Century, Sarikei pada pukul 2.51 pagi tadi.

8 Anggota BBP Sarikei(4 PSM 4 PBB ) diketuai PBK II Abang Joharie bin Abang Senawi bersana bantuan daripada anggota off duty 1 PSM 2 PBB menggunakan 2 aliran 200 kaki, 2 nozzle, sumber air dari pili bomba berdekatan dalam operasi memadam kebakaran.

Sekeluarga suami isteri dan 4 anak dalam lingkungan umur 2-9 tahun sempat keluar apabila menyedari rumah terbakar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pasukan Charlie
BBP Sarikei
//RTM Sarawak//

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri baharu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan memastikan agenda Ketua Menteri dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) dilaksanakan sepenuhnya.
Beliau ditemui media selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Kabinet Negeri Baharu semalam berkata, meskipun tanggungjawab ini berat bagi beliau namun akan berusaha sebaik mungkin menggalas tugas ini.

Selain tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri, Uggah semalam turut dilantik sebagai Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkuat kuasa semalam.
“Portfolio ini hampir sama portfolio diterajui saya di Kabinet Persekutuan dan kita tidak mempunyai Kementerian Pembangunan Tanah lagi yang bakal berganding di bawah kementerian saya ini.

“Sekarang apa paling penting bagi kita adalah untuk bergerak ke hadapan untuk memodenkan bidang pertanian kita yang merupakan penyumbang penting kepada negeri dari segi pendapatan eksport dan pembasmian kemiskinan dalam negara,” katanya.
Bagi memastikan komitmen penuh dapat diberi, Uggah juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengesah meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi dan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Perdana Menteri pada 9 Mei lepas.
Dengan peletakan jawatan sebagai Menteri Persekutuan itu, Uggah kini dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas-tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar.

Sementara itu, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri juga berazam untuk tidak akan mengabaikan kepercayaan Ketua Menteri kepadanya.
Selain jawatan Timbalan Ketua Menteri, Abang Johari turut memegang jawatan Menteri Perumahan dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
“Jawatan Timbalan Ketua Menteri dan dua kementerian ini adalah satu tugas penting dalam usaha kita membangunkan ekonomi negeri kita.

“Saya tidak akan mengabaikan kepercayaan Ketua Menteri kepada saya dan akan membantu beliau untuk membangunkan Sarawak seperti mana dalam manifesto kita sebelum ini,” katanya.
Abang Johari turut yakin dengan barisan Menteri Kabinet Negeri Baharu semalam dan menyifatkan ia sebagai gabungan terbaik.

Sebagai contoh katanya, Uggah mempunyai pengalaman berkhidmat di peringkat persekutuan yang mana sudah tentu dapat memudahkan beliau berhubung dengan pemimpin di Kuala Lumpur.
“Begitu juga menteri lain seperti Datuk Dr Stephen Rundi Utom yang pernah menjadi Menteri Muda bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan sudah tentu beliau tahu apa yang perlu dilaksanakan dalam Kementerian Kemudahan Awam,” kata Abang Johari.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY