Pandangan peribadi saya.
Akta Pembangunan Petroleum 1974...mesti dikaji semula dan dipinda.
1. PDA 1974 adalah Akta Parlimen, yang diluluskan oleh majoriti mudah , yang memberikan hak eksklusif kpd Petronas untuk meneroka, mengeksploitasi dan mendapatkan petroleun di darat dan di luar pantai negeri kita.
2. Dengan PDA 1974, telah dipersetujui bahawa Petronas akan membuat bayaran kepada negeri Sarawak secara tunai 5% daripada nilai petroleum yang diekstrak.
3. Oleh kerana petroleum diekstrak terutamanya dari pantai kita, kita merasakan bahawa pembayaran tunai 5% ke negeri kita berada pada tahap yang agak rendah..kita sepatutnya mendapat lebih lagi.
4. Sekarang dengan pemerintahan baru dan dgn harapan baru dan era baru .. kita berharap PDA akan dikaji semula secara komprehensif. Ini adalah kerana Petronas kini merupakan pemain global dengan pelaburan di seluruh dunia..maka sesuatu yg adil bagi Peteonas untuk memberi lebih kpd negeri seperti Sarawak.
Di samping itu, saya yakin semua pelaburan modal utama Petronas di telaga minyak & gas Sarawak telah mendapat pulangan sepenuhnya sejak 40 tahun lepas dan dengan itu lebih banyak keuntungan bersih boleh dikongsi dengan Sarawak! Perkongsian bermakna. Untuk kepentingan adil, PDA 1974 mesti dikaji semula.