'/>

Ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini : Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.

Dibawah ini, disiarkan beberapa aksi menerusi rakaman foto foto membuktikan bahawa “dalang” sebenar disebalik acara bantahan ini adalah pimpinan PKR yang bukannya peguam..!

Anak panah berwarna putih menunjukkan identiti Fariz Musa mantan Timbalan Ketua AMK PKR, seorang bekas guru kini sepenuh masa menjadi pencacai Anwar....

Anak panah berwarna merah menunjukkan identiti Thanggam, ahli PKR dari Negeri Sembilan, beliau adalah pencacai tegar Anwar mengiringi Ketua Umum itu turun naik Mahkamah! Thanggam bertugas sebagai pegawal keselematan disebuah sekolah..

Ini pula adalah identiti Hamsah Naib Ketua AMK Cabang Ampang. Hamsah bukanlah seorang peguam, beliau bertugas memandu Sam Ketot kesana kemari...
perlu baca...

Kisah Dato’ Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang. Ketika saya belajar di UKM pada tahun 1995-1999, kisah ini selalu dijadikan buah mulut para penceramah agama, apatah lagi peristiwa tersebut dikatakan berlaku di sebuah fakulti di UKM dan dekat pula dengan kamsis tempat saya tinggal.

Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini. Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada ramai. Berikut adalah penjelasan Dato’ Dr. Haron Din tentang kisah tersebut:


sumber:gigitankerengga
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY