'/>

YAB Perdana Menteri Najib Razak semalam menghadap dan berbual bersama Raja Salman Abdulaziz Al Saud, Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci.

Dalam pertemuan dua hala itu, beliau memaklumkan bahawa Raja Salman menyatakan pendapat bahawa hubungan Malaysia dan Arab Saudi kini berada pada tahap tertinggi dan akan terus diperkukuh pada masa hadapan.

Beliau turut memberitahu bahawa hubungan antara kedua-dua negara berkembang sehingga menggambarkan keprihatinan semasa dalam bentuk ancaman keselamatan yang dihasilkan kumpulan militan Daesh, bukan sahaja kepada Arab Saudi tetapi juga Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Selain itu, beliau juga menzahirkan penghargaan Malaysia atas layanan dan bantuan yang dihulurkan Arab Saudi kepada jemaah haji dan umrah Malaysia.

Foto: FB Najib Razak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY