walaupun sedikit perlahan kampung2 di Utara Pulau Bruit untuk pengetahuan sdra rata-rata sudah dibekalkan dgn perkhidmatan air bersih kecuali Kpg Penipah, Kpg Tekajong dan Kpg Bruit. Ketiga kpg tersebut sepatutnya telah dapat menggunakan air bersih pada hujung Disember 2015 kalau tidak disebabkan tangki loji aras tinggi di Kpg Penipah roboh semasa ujian beberapa bulan lepas. Kalau tentang bekalan elektrik rata-rata penduduk dan rumah telah dibekalkan dgn perkhidmatan tersebut.
Jalan dari Kpg Penuai ke Kpg Bruit sedang giat dibina masih dlm proses pembinaan dijangka siap thn 2017. Kami sudah lama gunakan jalan Kpg Penuai ke Pengkalan Feri Kut/Daro untuk ke Daro atau Sibu. Klinik2 sudah lama beroperasi walaupun belum disediakan disetiap kampung, kampung2 yg jarak antara mereka agak berdekatan masih berkongsi perkhidmatan .
Tidak perlu nak berbohong dlm meraih simpati dan sokongan .. penyampaian surat hakmilik tanah kpd penduduk secara berperingkat dari masa ke semasa diusahakan oleh kerajaan. Malah banyak lagi bantuan dlm pelbagai aspek telah dihulurkan oleh kerajaan kpd rakyat.