'/>

SarawakCrocs telah mendapat maklumat sahih bahawa YB Encik Abdullah Haji Saidol, ahli DUN Semop, akan dilantik sebagai presiden baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS). Abdullah merupakan Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Berita ini sepadan dengan maklumat terdahulu kami yang mengatakan bahawa seorang ahli DUN yang agak muda dari parti PBB bakal dilantik.

Dilahirkan pada 5 Disember 1966, di Kampung Rajang, Mukah, Sarawak, Abdullah berketurunan Melanau dan merupakan anak sulong dari lima orang adik – beradik.

Abdullah mula bersekolah di SK Nanga Strass, Bintangor sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Alor Akar Kuantan, Pahang yang dibiayai oleh Yayasan Sarawak. Beliau melanjutkan lagi belajar di Tingkatan 6 SMK Meradong dan mengikuti pengajian Undang-undang di UiTM (ITM) Shah Alam, Selangor.

Abdullah memiliki pengalaman bekerja di dalam bidang swasta dan pernah bekerja di syarikat koporat terbesar seperti kumpulan Perangsang Selangor Bhd, Bursa Saham Kuala Lumpur dan Research Institute of Investment Analysts Malaysia.  Pengalaman besar beliau di dalam bidang korporat berkemungkinan akan mempengaruhi cara FAS akan diterajui selepas ini.

Di dalam bidang sukan, Abdullah dikenali dikalangan sahabat handai sebagai peminat futsal dan bolasepak yang besar, serta meminati pasukan bolasepak Manchester United.

Menurut maklumat yang kami terima, Abdullah hanya akan dilantik secara rasmi selepas tempoh tiga bulan Mesyuarat Agung minggu lepas berlansung.

Kami difahamkan bahawa Abdullah telah menerima jawatan Presiden FAS secara tidak rasmi, dan akan memulakan tugas selepas pelantikan rasmi dilakukan.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY