'/>

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan Hj Satem ...

Ribuan rakyat Sarawak turut tidak melepaskan peluang memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin yang mereka sanjungi dan kasihi.. Semoga Allah menempatkan roh Ketua Menteri kami bersama ahli syurga ... Amiiin Amiin Amiiin Ya Rabbal Alamiin.

*PRESS STATEMENT*
*HEAD OF CID SARAWAK*

As of this morning, 13 police reports have been lodged in 8 police districts against 4 facebook account holders who were alleged to have made defamatory postings or comments regarding the passing of the late Chief Minister of Sarawak.

Investigation is being conducted on 4 of the reports.

On 12/1/17 at 12.05 am, one of the facebook account holders, a 54-year old male was arrested by CID Kuching in his home at RPR Landeh, Kuching. His mobile phone was seized for investigation purposes.

Sarawak Police would like to warn netizens to be in their best behaviour during this period of mourning. We are monitoring social media sites and will not hesitate to arrest anyone posting defamatory or inflammatory comments against the late Chief Minister or any other person for that matter.

*SAC DATO' DEV KUMAR*
*HEAD OF CID SARAWAK*

Terkejut..sedih..😔
Ketentuan Mu Ya Allah..
Ya Rahman..Ya Rahim..
Semoga Roh nya di sayangi dan di lindungi Mu..
AlFatihah..Aaminn
Seorang Pemimpin yg membawa satu Fenomena baru dlm budaya dan corak kepimpinan dr Rakyat utk Rakyat..
Dalam Jiwa nya sentiasa ada Sarawak..
dan dalam Hati nya sentiasa ada Rakyat..
Sumber :FB Abdullah Hj Saidol

Rakyat negeri Sarawak dari Lundu hingga ke Lawas telah membuat repot polis ke atas posting biadab dan hasutan terhadap Allahyarham CM Adenan .Kita berharap agar pemilik akaun FB tersebut di siasat  dengan segera.

#alwaysteamadenanyou



Siaran media...

Saya mewakili pihak Pemuda PBB N46 Meradong membuat laporan polis berhubung perlakuan ,memfitnah, biadab ,menghina dan hasutan terhadap    Allahyarham CM Adenan Satem di laman media sosial.
    Selain itu laporan ini dibuat untuk menghentikan sebarang spekulasi terhadap Allahyarham CM Adenan serta bertujuan untuk menjaga keharmonian pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak ini.Diharap pihak agensi berkenaan dapat bertindak cepat.
  Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. Semuga roh beliau ditempatkan besama org org yang dirahmati Allah SWT.

Kr Halmi Bin Morsili
Ketua Pemuda PBB
N46 Meradong

Perjalanan dalam kitaran hidup sebagai hambaNya yang melata di bumi. Siapa pun kita, bila sampai detiknya ia tidak dibezakan oleh pangkat, tanggungjawab, mahupun siapa kita. Aku harap tahun-tahun mendatang laman "Facebook" ini akan mengingatkan aku tentang tarikh 11 Januari 2017.

Mengingatkan aku tentang seorang pemimpin Borneo yang berjiwa patriotik. Memahami dengan penuh jiwa raganya tentang kepelbagaian kaum di negeri bertuah ini. Perjuangannya adalah perjuangan rakyat sarawak dan jika perjuangan kau berbeza dengannya, mungkin kita dibezakan prinsip dan pemahaman tentang warna-warni kehidupan.

Generasi beliau adalah generasi hebat yang hidup di antara percaturan politik getir Borneo dalam menempuh keharmonian dalam kepelbagaian kaum di Sarawak. Ruang masa dalam rekonstraksi sejarah Borneo yang berbeza interpretasi kita. Siapa pun kita, jangan sampai perbezaan interpretasi menjauhkan kita.

Sebagai anak jati Borneo, aku bangga memiliki pemimpin seperti arwah.  Satu hari nanti juga aku akan berbangga bercerita kepada generasi seterusnya tentang seorang pemimpin negeri yang hebat. Cerita tentang cara beliau memimpin, cerita tentang latarbelakang akademiknya, cerita tentang keramahannya, cerita tentang perjuangannya, cerita tentang rakyat Borneo yang pelbagai kaum harus meneruskan legasi pemikirannya.

Al-Fatihah, Tok Nan tetap akan menjadi kenangan anak-anak Sarawak.
By junaidi mohamed

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY