'/>

Mangsa banjir di Sarawak kekal 5,084 orang

MIRI - Tiada perubahan jumlah mangsa banjir di Sarawak sejak semalam iaitu 5,084 orang daripada 769 keluarga dari daerah Beluru, Niah dan Marudi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak daripada Angkatan Pertahanan Awam Mejar Ismail Mahedin berkata tiada pemindahan penduduk atau pusat pemindahan dibuka setakat pagi ini.

Ismail berkata ini disebabkan penduduk dari 22 kawasan rumah panjang masih berada di kediaman masing-masing kerana banjir hanya menyebabkan laluan terputus atau air bertakung di bawah rumah panjang mereka.

--Utusan Online

Rombongan dari BNBBC Sarawak serta  Setiausaha Politik yg di ketuai oleh  Ketua Setiausaha Politik (CPS) dan pengerusi BNBBC YB Abdullah Hj. Saidol menziarahi pusara Allahyarham Tok Nan..
27.Jan adalah juga tarikh Lahir Arwah Tok Nan..

Sebenarnya beberapa hari sebelum Tok Nan pergi, bagi pihak BNBBC & Pol.Sec. ingin mengadakan majlis menyambut Harijadi utk Arwah dan perkara ini telah di maklumkan secara sulit dgn Puan Sri Jamilah.

Puan Sri Jamilah menasihat kami supaya mengadakan majlis tersebut secara tertutup tanpa perlu publisiti atas kehendak Arwah Tan Sri.

Memandangkan hajat kami tidak kesampaian, maka kami mengadakan majlis ziarah ini.
Dlm majlis ringkas tersebut, CPS telah menyampaikan beberapa pesanan arwah kpd semua yg hadir..melalui perbualan talipon beberapa hari sebelum Arwah meninggal..

Arwah mahu kita menyayangi negeri ini sebagaimana beliau bersungguh mempertahankan hak & maruah negeri ini.

Arwah berkata, "don't mumble too much about the dark, the least..just light the candle".. lebih kurang bermaksud, "Jangan asyik mengeluh pasal kegelapan, paling kurang pun..nyalakan lilin.."

LUNDU - Suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.03 Tanjong Datu semakin menarik perhatian apabila beberapa kain rentang mula dinaikkan dan menarik perhatian penduduk.

Beberapa rain renting telah dinaikkan oleh segelintir pihak yang tertera seperti "Tulah kelakk... Lawan Ganti Tok Nan", "Sik Boh Tanding Lawan Legasi Tok Nan", "Tiada Pertandingan Di Tg. Datu Sebagai Kenang Budi" dan "Melawan Pemimpin Lagenda Satu Penderhakaan" telah dinaikkan di sekitar Simpang Sempadi, Sematan, Biawak, Pueh dan Bau serta Pekan Lundu.

Bagaimanapun, pihak Majlis Daerah Lundu telah mengambil tindakan dengan menurunkan poster tersebut disebabkan tiada permit.

Foto by Friend of klxpress Sarawak

KUCHING: Banyak sekolah di Sarawak sama usia dengan Muzium Sarawak, memerlukan penambahbaikan.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak, Abdullah Saidol berkata, bahkan para pelajar di luar bandar negeri ini berhak mendapat sekolah baru, justeru peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk sektor pendidikan negeri perlu ditambah.

Saidol berkata, BNBBC Sarawak sering mengutarakan situasi sekolah di kawasan mereka untuk perhatian Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Kita tidak mahu menunggu sehingga 2050, sebaliknya tunaikan dahulu Wawasan 2020 kerana kita cuma ada tiga tahun sahaja lagi.

“Ini bukan retorik politik, tetapi denyut nadi rakyat Sarawak,” kata Saidol yang dipetik daripada laporan akhbar Utusan Sarawak.

“Apabila kita mendengar pembentang bajet Persekutuan, bunyinya jumlah peruntukan untuk sekolah di Sarawak besar sekali, kita tidak mahu perkara seperti yang berlaku sebelum ini berulang lagi,” ujar beliau.

Bercakap selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pendidikan Sarawak di Kuching pada Khamis Saidol berkata, “kita mahu, Sarawak bukan sahaja diberi surat punca kuasa, malah memohon autonomi pendidikan terus diberikan kepada JPN Sarawak, bukan lagi Persekutuan,” kata beliau lagi.

Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri menambah, dengan adanya kuasa autonomi pendidikan tersebut, ia memudahkan JPN Sarawak dalam pengurusan guru, prasarana pendidikan negeri dan sebagainya.

Saidol turut menegaskan beliau tidak berkenan dengan cara Kerajaan Persekutuan memantau bidang pendidikan di negeri ini menggunakan “alat kawalan jauh”.

Saidol mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sering meminggirkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak seperti dalam isu pelantikan kontraktor mengendalikan genset sekolah di seluruh negeri ini.

Menurut Saidol, JPN Sarawak tidak menyimpan salinan dokumen perjanjian antara kontraktor berkenaan dengan KPM.

Justeru, apabila isu timbul, JPN Sarawak menjadi pihak pertama yang dicari bagi mendapatkan penjelasan atau penyelesaian. – Sarawakvoice

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2017
YANG AMAT BERHORMAT
DATUK AMAR ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI
BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
KETUA MENTERI SARAWAK

Salam sejahtera dan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh Anak Sarawak daripada kaum Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
I wish all our Chinese friends a happy New Year and may the Year of the Rooster bring many good things and prosperity to all of you.
Ushering in the Lunar New Year is a time of joy and celebrations for our Chinese friends according to the tradition handed down to them by their ancestors. The Lunar New Year is a much-awaited occasion every year and well-before the actual day, one cannot but feel and notice the anticipation in the air. Malls and shops are adorned with traditional decorations mainly in red and we can see our Chinese friends busy around the house with their sprucing up, cleaning and painting.   
We have been shocked by the sudden demise of my predecessor Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem. Our thought and prayers are always with him and the family that he left behind.

The passing of Datuk Patinggi Tan Sri Adenan is without doubt a great loss to Sarawak and even the nation. The immense outpouring of grief from Sarawakians from all walks of life and non-Sarawakians alike is a testimony of the tremendous respect and honour that the people of Sarawak are affording him for all that he had done for a better Sarawak in the short two years or so that he was Chief Minister. As an outstanding leader, he left a legacy that all Sarawakians are proud of and provided us the direction to follow in the years to come.
I sincerely hope that in our times of sadness, his memory will always be with us and provide us with the inspiration to come out strong to continue his legacy for the betterment of Sarawak. Let me give the assurance that I will continue with his multi-racialism approach and also the policies that he had laid down.

Sarawak is a place where the respective races are free to practice their culture, tradition, and religion without hindrance. We celebrate and find strength in our differences rather than letting them divide us. For us diversity is beauty and strength, and not division.

The Lunar New Year celebration has become part of our cultural diversity in Sarawak much like other traditional festivals and religious celebrations. The forefathers of our Chinese friends brought with them their culture and tradition from China a hundred over years ago. Of course Sarawakians Chinese a few generations after their forefathers do not look to mainland China anymore as their homeland. They do go back to China once in a while to visit relatives and friends but they will return to Sarawak after their holidays. Sarawak is their home and they are not “pendatang”.

I sincerely hope that our Chinese friends will take time off to indulge in the simpler and down-to-earth things in life like enjoying your favourite food or drinks, the joy of reuniting with family members and having a pleasant time in the company of friends. Make it also a time for us to connect with one another and bring cheers to people who have less than us and those who are unfortunate in one way or another.

Dear friends, as we join our Chinese friends to celebrate the New Year, I invite all of you, members of the older generations in particular to look back at the past where our multi-racial society was more closely-knitted in the ways we conduct our everyday lives. We played, went to picnic, frequent the same coffee shops and have fun together, not caring very much whether one is Malay, Chinese, Dayak or Orang Ulu.

The faster pace of life and the pursuit of modernity have somehow lessened our interaction which is not at all conducive to nurturing a cohesive and harmonious society. Not all of these are lost though as we still cherish our closeness especially during festive occasions where we often make it a point to visit our friends. We must continue this tradition of exchanging visits to enhance our level of civic engagement that is vital for a harmonious Sarawak.
It cannot be denied that the Chinese community has always been an important part of the State’s political and economic life. The Chinese business acumen, their vision and industriousness have positioned the community to be in the forefront of business, trade and industry in the State. The businesses and industries have provided thousands of jobs for our people and bring revenue to the State through taxes. I would like to give the reassurance that the government will continue to adopt a policy that is friendly to the business community and investors as laid down by my predecessor.
I must thank the Chinese community for having shown trust in and willingness to work again with other communities in our power-sharing government. There’s no other way we could move forward except to work together for the benefit of the state and the people. Let us not forget that the Chinese community was among the first to come forward to support a coalition government based on the concept of power sharing in 1970.

Sarawak belongs to all of us and Sarawak is big enough for all of us. Each and every one of us has a duty towards the well-being and development of Sarawak. Sarawak has a small population with substantial amount of natural resources which we must exploit to our advantage wisely. It’s not impossible for us to build Sarawak into an industrialized state with tight-knit populations, high levels of environmental and biodiversity preservation and low levels of pollution which have become the hallmark of many developed countries in the West. We must take pride in our local ecology and work hard to protect it and let me reiterate that we must make Sarawak’s natural environment as pristine as we can.

Dear friends, in this time of joy and celebration I am calling on all Sarawakians to make time to visit one another in the spirit of our unique open-house tradition. Intermingling would allow us to interact meaningfully and be able to understand each other better. We cannot nurture and strengthen the bond of friendship among us without a good knowledge of our friends’ culture, tradition and religious beliefs.

Saya menyeru kepada saudara dan saudari yang bukan daripada keturunan Cina supaya berkunjung ke rumah-rumah terbuka rakan-rakan kita daripada kaum Cina dalam usaha berterusan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita yang pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2017 dan bergembiralah di samping keluarga dan rakan-rakan. Saya dan keluarga mengucapkan Gong Xi Fa Cai.
Terima kasih.

Sumber jabatan penerangan malaysia sarawak

PETALING JAYA: Ahli politik yang terbabit dengan rasuah tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran.

Dalam satu temu bual secara langsung di televisyen pada Khamis, Dzulkifli berkata, beliau pernah menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah, termasuklah ahli-ahli politik tanpa mengira pangkat.

"Pada hari ke-100 saya sebagai ketua SPRM, saya menyatakan bahawa saya tidak akan berhenti daripada mengambil tindakan ke atas ahli-ahli politik.

"Malam ini, saya ingin katakan kepada ahli politik yang terlibat dengan rasuah, 'tunggulah'," katanya.

Dzulkifli berkata, SPRM tidak bimbang dengan 'individu-individu dilindungi' yang melakukan rasuah sistemik.

"Tidak timbul isu mereka dilindungi, saya boleh jamin bahawa semua mereka yang melakukan rasuah tidak akan dibiarkan. Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih," tegas beliau.

Dzulkifli, bagaimanapun, berkata SPRM mempunyai keterbatasannya sendiri.

"Kita hanya ada 2,900 anggota dan pegawai dalam SPRM, di mana hanya 900 orang melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang, manakala selebihnya, antara lain berada di jabatan pencegahan dan pendidikan.

"Selain itu bajet juga telah dipotong dan ia berada pada tahap paling rendah sejak 2013," katanya.

Dzulkifli, bagaimanapun berkata beliau tidak akan membenarkan keterbatasan ini untuk menghalang mereka daripada menjalankan kewajipannya.

Sumber : MStar Online

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY