Related Pots
Sikap pakatan pembangkang yang cuba menghalalkan perbuatan mereka mencemarkan masjid yang merupakan rumah Allah dengan membandingkan dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang melawat masjid negara baru-baru ini membuktikan kemunafikan dan sikap hipokrit melampau mereka akibat dari dilanda sindrom “denial”.
Rakyat perlu tahu membezakan diantara lawatan hormat kepada kesucian Islam dengan sekadar menjadikan masjid tempat persinggahan untuk melakukan dosa pemberontakan terhadap negara. Bukan itu sahaja, penjagaan etika di dalam rumah Allah juga amat jauh berbeza diantara Barrack Obama dan pemimpin DAP yang cukup biadap.
Barack Obama membuka kasut ketika masuk ke dalam rumah Allah sedangkan DAP tidak membuka kasut semasa mereka masuk ke masjid. Sikap dan etika yang terlalu jauh berbeza juga meletakkan DAP sebagai pencemar kesucian masjid. Barack Obama masuk masjid dalam keadaan menutup aurat sedangkan pemimpin DAP masuk dalam keadaan tidak menutup aurat disamping tidak menghormati azan yang sedang berkumandang. Mereka menganggu umat Islam yang sedang menunaikan solat kerana menyerbu masjid semasa waktu solat.
Sikap pemimpin DAP yang memberi “tazkirah” di dalam masjid juga dianggap satu perbuatan yang menghina kesucian Islam. Mana mungkin DAP yang memusuhi Islam sehingga ke akhir hayat mereka memberi ”tazkirah” sedangkan diri mereka begitu jauh dari “nur” Islam. Sebenarnya rakyat tahu dengan jelas bahawa sebelum ini pemimpin DAP yang masuk ke masjid negara sekadar menjadikan masjid tempat transit sebelum mereka meneruskan agenda “pemberontakan” dengan mengadakan demonstrasi jalanan untuk menentang kerajaan.
Sebelum ini Nik Aziz menyifatkan tindakan oleh Nie Ching memberi “tazkirah” itu dilihat ganjil kononnya kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum. Nik Aziz ini tidak habis-habis dengan “fatwa” menghalalkan cara beliau. Umat Islam perlu tahu bahawa Nabi tidak pernah mengajak orang kafir untuk memberi “tazkirah” kepada umat Islam.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty kononnya berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama. Tahukah mereka bahawa DAP hanya bertindak menghina dan mencemar kesucian Islam apabila mereka masuk ke masjid dalam keadaan tidak menutup aurat, menganggu umat Islam menunaikan solat dan memberi “tazkirah” kepada orang Islam.
Umat Islam perlu tahu bahawa pendekatan pemimpin DAP dengan menghampiri masjid sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi untuk “menipu” umat Islam supaya memberi laluan mudah untuk mereka pertama menjalankan agenda murtad dan juga penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah membuat lawatan peribadi ke Masjid Negara.Beliau telah disambut oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.nTurut serta dalam rombongan Obama ialah Wakil Khas AS ke Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Rashad Hussain.
Mkmu.net