'/>

MAKLUMAT GEMPA BUMI
Dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
pada 02: 30 petang 10 Januari 2017
Maklumat Gempa Bumi
Satu gempa bumi kuat telah berlaku dengan parameter maklumat berikut:
Waktu Kejadian : 02:13 petang pada 10 Januari 2017
Koordinat : 4.4 Utara 122.7 Timur
Lokasi : Celebes Sea. 466km timur laut Semporna,Sabah.
Magnitud : 7.3 skala Richter
Penilaian
Tiada ancaman tsunami. Gegaran dirasai di Sabah sehingga ke Bahagian Limbang Sarawak.
Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

DAKWAAN MALAYSIA GUGUR TUNTUTAN KEATAS LUCONIA SHOALS SATU FITNAH

Wisma Putra mengambil maklum  laporan media mengenai seorang warganegara Australia yang dipercayai telah memacak bendera Malaysia di Beting Patinggi Ali tetapi kemudiannya telah dicabut.

Saya ingin menegaskan pendirian kerajaan Malaysia bahawa kawasan Beting Patinggi Ali bukan kawasan yang dipertikaikan atau wujud sebarang 'tuntutan bertindih' di antara Malaysia dengan mana-mana negara.

Terpacak bendera Malaysia atau tidak, Gugusan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) adalah milik mutlak Malaysia.

Gugusan Beting Patinggi Ali yang terletak kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak, jelas berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Di bawah peruntukan UNCLOS 1982, sesebuah negara berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.

Nelayan tempatan bebas menjalankan aktiviti di kawasan EEZ.

Pihak berkuasa Malaysia seperti TLDM dan APMM sentiasa membuat rondaan dan pengawasan serta aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara.

Pendirian Malaysia berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten.

Semua tuntutan dan penyelesaiannya hendaklah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 atau UNCLOS 1982.

Malaysia, serta negara ASEAN yang lain, tidak mengiktiraf tuntutan China berdasarkan 'Nine-Dash Line' kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuklah UNCLOS 1982.

Di mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan China di Laos pada Julai baru-baru ini, ASEAN dan China telah bersetuju untuk menggiatkan rundingan untuk mencapai sepakat berhubung Kod Tatalaku (COC) Di Laut China Selatan dalam usaha membina dan meningkatkan kesalingpercayaan (mutual trust) serta menangani sebarang perbezaan secara aman.

Kerajaan Malaysia akan memastikan kedaulatan negara di kawasan tersebut terpelihara.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY