'/>
Memang Ramai yang agak terkejut hari ini apabila melihat kelibat  Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin,bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari mewakili si peliwat tegar Anwar Ibrahim Al Juburi.


Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.


Memang ramai yang beranggapan si peliwat tegar Anwar Ibrahim Aljuburi memenangi kes tersebut  kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, aku tak pasti, tapi aku yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil menjelasan apa sebenarnya yang berlaku.  Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius.

Mungkin sekarang ini sudah ramai yang mula memahami kenapa kes si peliwat tegar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan.

Fahamlah juga kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodohdan tak masuk akal  dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.  Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini?  aku yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.

Aku yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media,   Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.  Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat.  Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan?  Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.



sumber: http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2012/05/anwar-menang-kes-liwat-saiful-bukhari.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

Anda yang sedang membaca artikel ini, sudah pasti tidak bersetuju. Orang-orang UMNO sangat yakin untuk mendesak PM supaya PRU13 diadakan segera, bulan Jun ini. Pada pandangan mereka, orang-orang Melayu dan Melayu atas pagar, pengundi-pengundi India sudah kembali ke pangkuan BN. Mereka melihat majlis-majlis UMNO dan BN dihadiri berpuluh-puluh ribu rakyat. Mereka membandingkan dengan majlis-majlis Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin sedikit kehadirannya.

PR melalui Rafizi, amat yakin untuk menang105 kerusi Parlimen, dan mengharap 7 hingga 10 YB BN akan melompat ke pangkuan mereka. Ini tidak bijak, awal-awal sudah menunjukkan kekurangan PR. Kemarahan Anwar semakin menyala, khususnya apabila mantan Pengarah JSJ Bukit Aman yang sudah 7 tahun pencen menyebut nama DS Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri, dengan langsung tidak menyebut nama Anwar. Dia menempah maut, jika Anwar boleh mendesak Nik Aziz supaya memecat Dr Hassan Ali, apakan ini pula orang yang baru sehari masuk Pas.

Perkembangan Terkini, Anwar Azmin dan Che Bard akan didakwa di Mahkamah kerana Bersih 3.0. Saya percaya Ambiga juga akan diheret. Kerana mereka bukan berhimpun aman, mereka merusuh, merosakkan, menghancurkan bukan sahaja harta benda awam, tetapi keselamatan kebahagian dan kemasyhlahatan warga kota Malaysia ketika itu. Saya percaya Hukuman perlu dijatuhkan ke atas mereka dahulu untuk tidak membolehkan mereka bertanding di PRU13. Anda marah saya, anda tuduh saya orang UMNO atau orang BN, no tidak, saya mantan Ketua Cabang PKR yang mengundur diri. Namun saya tak suka menghebah-hebahkan seperti orang lain.

Beberapa nama lain seperti Tian Chua dan Mat Sabu, mereka ini yang suka menipu rakyat Malaysia juga berdepan hukuman Mahkamah. Selesaikan dahulu kes mereka, lihat keputusan, pastilah mereka juga tidak boleh bertanding.

Anda kata saya diktator, oh tidak, ini adalah hukum karma, jika anda tidak bersetuju anda akan dibuang sebagaimana Dr Hassan Ali dibuang.

Kenapa saya emelkan ke blog ini. Kerana saya tertarik dengan beberapa pendedahan di sini. Sebenarnya banyak yang benar, cuma sebagai ahli PKR, saya kena mendiamkan diri saya. Ini kemahuan Anwar, metod nya jika kerajaan buat betul salahkan ia dan momokkan ia. Saya berhijrah bersama-sama Dr Sidek Baba, walaupun kami tak perbesarkan.

PRU13 hanya DAP yang bijak, DAP tahu tak kan ada PRU13 tahun ini. Pas sangat bodoh dalam hal ini, sorry to say, bodoh kerana terikut-ikut dengan Anwar. Pas macam tok nujum sekejap kata PRU tahun 2010, sekejap kata bulan Januari, sekejap kata bulan April, Mei dan Jun pula. Mereka terpengaruh dengan kononnya ada kawan-kawan mereka di pejabat Perdana Menteri. Mereka tidak tahu mereka hanya menerima info bertaraf kelas 3. Kasihan mereka.

Teori yang paling kuat ialah Penggabungan Pas kepada UMNO diuar-uarkan, dicakap-cakapkan, diperbesar-besarkan. Ada dua pihak dalam Pas yang perbesar-besarkan, yang pertama yang dah dibuang dan tak dipakai seperti Dr Hassan ALi dan YB Nasha. Yang kedua yang masih di dalam Pas seperti Dato Harun Taib and the geng.

Kamu fikir Anwar bodoh, Anwar memang cepat swing dalam hal ini. Dia terus arahkan blogger supaya mainkan isu dia akan masuk UMNO terlebih dahulu. Dua-dua kejar nak masuk UMNO. Anwar sangat mudah sebab simpatis-simpatisnya dalam kerajaan masih ada juga dalam UMNO. Anwar nak tengok, "mu pandai politik ker aku". Pas dan Anwar berlumba-lumba cari Najib, walaupun Najib berada di luar negara namun Najib punya touch sangat laju. Najib tahu dua-dua pihak mengejarnya.

Kamu mahu bukti lanjut, tunggu emel dari saya lagi.

Salam.

(emel tidak diedit)

daripada blog mymassa: http://mymassa.blogspot.com/2012/05/surat-pkr-kepada-mymassa.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY