'/>

Majlis Berbuka Puasa Di Peryatim, Kemuyang, Sibu

STATUS HALAL GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER

Soalan:-

Adakah Golden Churn Creamery Butter memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, produk  Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh Ballantyne Foods Pty Ltd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV)

Manakala produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh New Zealand Butter Canners Morrinsville,merupakan pemegang Sijil Halal New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Untuk pengetahuan,ketiga-tiga badan pensijilan halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.

Sumber:JAKIM

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Wariah Masjid Al-Mizan, Pulai, Johor Darul Takzim.Turut hadir Sama TPM,MB Johor dan Menteri Pertahanan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Abdul Karil Rahman Hamzah memberitahu The Malaysian Insight yang dia bimbang tentang adakah kutipan daripada cukai itu akan diberikan kepada negeri.

“Mereka (kementerian pelancongan persekutuan) tidak hanya boleh datang, kutip cukai daripada (industri) pelancongan kita dan bawa semua wang itu balik ke Kuala Lumpur.

“Sekarang ini tiada jaminan berapa banyak duit yang akan kita dapat… itupun sekiranya kita ada bahagian.”

“Pandangan saya sekiranya cukai dikutip di Sarawak, jadi semua duit (yang dikutip) perlu diberi kepada Sarawak.”

Abdul Karim berkata yang cukai pelancongan baru itu ialah contoh terbaru dasar “paksaan” Putrajaya yang memberi kesan besar kepada Sarawak.

Katanya lagi Putrajaya sepatutnya berunding dahulu dengan Sarawak walaupun pelancongan tidak termasuk dalam Senarai Negeri.

Jadual Kesembilan Perlembangaan Persekutuan menggariskan kuasa berbeza yang dimiliki kerajaan persekutuan dan negeri. Pelancongan jatuh dalam Senarai Persekutuan.

Walaupun kutipan cukai ialah urusan persekutuan, pelancongan di Sarawak dan Sabah ialah bidang kuasa negeri dan kerana itu Putrajaya tidak sepatutnya mengutip cukai bagi pihak persekutuan, tambahnya lagi.

Kegagalan Putrajaya untuk berunding dengan Sarawak, kata Abdul Karim, juga bertentangan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Abdul Karim menjelaskan yang ketika pengasas Sarawak membentuk Perjanjian Malaysia, pelancongan tidak dibincangkan dan kerana itu tidak diletakkan di bawah Senarai Negeri.

Katanya, apabila sesuatu perkara tidak dinyatakan, ia sepatutnya jatuh ke dalam Senarai Bersama dan pemahaman pada 1963 ialah perkara itu perlu dibincangkan antara kerajaan negeri dan persekutuan sebelum dilaksanakan.

“Saya pasti pada 1963 tiada sesiapa yang terfikir pelancongan akan menjadi sangat penting di masa depan.”

Abdul Karim menjelaskan yang walaupun secara peribadi dia menentang cukai baru itu, kabinet negeri belum membuat keputusan mengenainya.

“Ia masih belum dibincangkan dalam kabinet lagi.”

Cukai itu memerlukan pelancong membayar levi kepada pengendali kebanyakan jenis penginapan.

Ia akan dikenakan kepada rakyat Malaysia dan asing tanpa mengira sama ada mereka sedang bercuti atau mengadakan lawatan kerja.

Cukai itu adalah tambahan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan cukai servis perkhidmatan.

Kadar ditetapkan pada RM20 untuk penginapan berstatus lima bintang, RM10 untuk penginapan empat bintang, RM5 untuk penginapan tiga bintang dan RM2.50 untuk penginapan tidak mempunyai bintang.

Penginapan seperti “homestay” dan penginapan kampung, bangunan yang dikendalikan institusi agama bukan untuk tujuan komersial, serta bangunan penginapan yang mempunyai kurang 10 bilik dikecualikan daripada cukai pelancongan baru itu.

Sumber :The Malaysian Insight

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY