'/>

Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang disyaki terlibat dalam kes khianat ke atas dua buah masjid di Besut iaitu Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja dan Masjid di Limbongan.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek berusia 27 tahun dan masih bujang itu dipercayai kurang siuman, ditahan pada pukul 5 petang semalam di sekitar Besut.

Jelasnya, suspek mempunyai rekod sakit mental sejak dua tahun lalu dan masih mendapatkan rawatan, malah perkara itu diakui oleh ahli keluarganya.

"Kes ini dapat diselesaikan semalam dengan tertangkapnya suspek yang kita percaya melakukan kedua-dua perbuatan khianat itu pada malam 3 Mac lalu.

"Dengan penahanan suspek kita percaya ia akan dapat mematikan apa jua spekulasi yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan perbuatan khianat atau merosakkan rumah ibadat ini dilakukan oleh golongan yang mempunyai niat tertentu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Awal pagi semalam, penduduk Kampung Limbongan dan Kampung Raja gempar setelah mendapati sejumlah naskhah al-Quran dalam keadaan bertaburan di dua masjid tersebut.

Lebih menyedihkan, selain dimusnah dan dikoyak, sejumlah kitab suci itu turut ditemui dibuang di dalam mangkuk tandas, manakala sejumlah naskhah surah Yasin pula dibuang ke dalam kolah di luar masjid. - UTUSAN ONLINE

Ada sorang Adun dari Pkr di Penang ni tanpa sebarang rasa malu atau bersalah membuat kenyataan bahawa penjenayah bunuh Polis di Malaysia adalah perkara biasa je..

Adun Pkr tu jugak kata bahawa tak ada apa yang kita patut hairankan kalau Polis dibunuh oleh penjenayah dan Adun ni seakan-akan nak tuduh Polis lagi zalim sebab bunuh tahanan di lokap.

Yang paling best, Adun Pkr ni bukan cina atau India beb.., tapi Adun ni adalah bangsa melayu dan lebih sanggup membela penjenayah kaum lain dari bersimpati terhadap Polis MELAYU yang kena bunuh kelmarin.

Gua tak terkejut kalau cina atau India Pakatan tak suka pada Polis kerana dorang memang rasis, tapi bila ada melayu bahalol macam Adun Pkr ni pun tunjuk kebebalan dirinya dengan sokong penjenayah, itu dah kira kurang ajar namanya..mediapermatangpauh

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY