'/>

DARIPADA 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, 74 daripadanya telah diumumkan oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem setakat ini.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) bagi lapan kerusi DUN; Meradong, Pelawan, Meluan, Tasik Biru, Krian, Pakan, Marudi dan Ba’kelalan masih belum diumumkan lagi buat masa ini.

Menurut sumber, Ketua Menteri akan mengumumkan calon di lapan kerusi tersebut sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Ke-11, selewat- lewatnya pada Jumaat ini.

Antara yang ditunggu-tunggu ialah kerusi Dun Tasik Biru dan Dun Pakan merupakan kubu kuat calon BN menerusi  Datuk Peter Nansian Ngusie dan Tan Sri William Mawan.

Manakala yang menjadi tumpuan ialah kerusi Krian dan Ba’kalalan yang mana penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi Ali Anak Biju dan Baru Bian.

Selain itu, empat lagi DUN masih menjadi tanda tanya, kerusi Meradong, Pelawan, Meluan dan Marudi.

Namun begitu, adakah kerusi tersebut terus dikekalkan atau akan digantikan dengan calon lain?

Terdahulu, Adenan sebelum ini pernah berkata agar sokongan padu terhadap calon BN yang dipilih adalah penting bagi memastikan lapan DUN berkenaan tidak jatuh kepada pihak pembangkang.

"Saya perlukan mandat yang besar, barulah saya bersama pasukan saya dapat menabur lebih khidmat kepada Sarawak.

"Walau apa-apa pun, saya berharap, sesiapa yang dipilih BN akan meraih undi daripada rakyat," katanya. – Sarawakiana

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY