'/>

Pihak polis sedang memburu seorang lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM110,643 di dalam akaun bank milik empat mangsa MH370 yang dipindahkan secara haram.

Ali Farran yang berumur dalam lingkungan 30an dikenalpasti sebagai pemilik akaun bank yang digunakan suspek untuk memindahkan sebahagian wang berjumlah RM35,000 dari akaun salah seorang mangsa.

Difahamkan suspek yang merupakan seorang mekanik telah bersubahat dengan suspek utama dalam mendapatkan wang tersebut.

Pihak polis semalam telah mengesahkan tahanan seorang kakitangan bank bersama suaminya bagi membantu siasatan kes ini.
Sumber

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY