Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sekali sebanyak RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) membabitkan dana RM7 juta bagi tujuan pemantapan dua organisasi itu.
Perdana Menteri mengumumkannya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) dan Malaysia Food Festival di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).