'/>

Lawatan ke kawasan dan penyerahan permohonan bantuan keperluan dari warga dibeberapa kampung dalam kawasan Semop N36 oleh YB Abdullah Haji Saidol pada tarikh 29-31.1.2016 ... semoga bantuan alat-alat dan barangan akan memberi manfaat kepada penduduk. Terima kasih daun keladi, bolehlah tambah-tambah lagi YB.

Tanda-tanda awal kerusi DUN Meradong akan dirampas kembali Oleh BN...

QARI:

JOHAN-AHMAD MUKHLIS BIN YAHYA

NAIB JOHAN MOHD FAIZULBIN ABD AZIZ

KETIGA AWG SHAFERI BIN AWG SEH

QARIAH

JOHAN-SITI MAISARA BT YAHYA

NAIB JOHAN YASMIN KHAN BT NASIR

KETIGA HALIMAH BT BUJANG

Arab Saudi Sahkan Dana USD681 Juta Sumbangan Almarhum Raja Abdullah

Isu dana derma 2.6Bilion kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi alat politik pembangkang hingga terbawa bawa ke Parlimen Malaysia dan menjadi kontroversi dikalangan ahli UMNO yang tidak sabar untuk mencari salah mengasak Najib Razak lantaran termakan fitnah orang orang tertentu. (Baca sepenuhnya)

http://theunreportednews.blogspot.my/2016/01/arab-saudi-sahkan-dana-usd681-juta.html

 Penganalisis politik tempatan, Dr Jeniri Amir yakin pakatan pembangkang tidak akan berjaya mempengaruhi masyarakat khususnya di Sarawak berdasarkan taktik eksploitasi mereka khususnya dalam hasrat untuk menambah bilangan kerusi menjelangnya Pilihan Raya Negeri terbabit kelak.

Katanya, mengikut pengamatannya, rakyat Sarawak lebih dominan kepada hal-hal dalaman negeri terbabit berbanding dengan isu-isu remeh yang acapkali cuba dimaiankan oleh pakatan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

“Seperti biasa pakatan pembangkang akan cuba mengetengahkan isu-isu remeh sebagai taktik mendapatkan sokongan pengundi namun saya yakin bahawa isu-isu yang dimainkan pembangkang ini tidak akan beri kesan kerana tumpuan masyarakat adalah politik pembangunan,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, walaupun gerakan pakatan pembangkang telah bermula khususnya Dap Sarawak yang mengadakan ‘Projek impian Sarawak’ dan Masuk Luar Bandar (Go Rural) sebagai inisiatif untuk memikat hati pengundi namun ia tidak berjaya.

“Projek Impian Sarawak ini tidak memberi jaminan kepada Dap untuk mendapatkan sokongan penduduk khususnya di pedalaman dan luar bandar, lebih-lebih lagi ia hanya kepada tindakan simbolik dan tidak menyeluruh sebagaimana usaha Barisan Nasional (BN) untuk rakyat.

Jelas beliau yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), suasana politik di Sarawak amat berbeza dengan Semenanjung kerana dua pertiga masyarakat di negeri terbabit adalah terletak di luar bandar dengan sokongan yang padu kepada BN.

“Jika dilihat kepada kedudukan Pas pula ternyata bahawa parti ini bukanlah saingan kepada BN apatah lagi ideologi dan perjuangannya tidak cocok dengan demografi sosial masyarakat Sarawak.

“Masyarakat Sarawak juga menolak politik perkauman atau isu-isu sensitif khususnya berkaitan agama yang tentunya penggunaan kalimah Allah akan turut menjadi isu kerana rakyatnya tidak suka kepada apa-apa provokasi dan manipulasi sebaliknya lebih bersandarkan kepada realiti.”

“Ini kerana, kewujudan Pas di Sarawak dilihat sebagai parti yang tidak sesuai dengan kedudukan masyarakat tempatan yang mempunyai perpaduan kukuh walaupun berbeza suku kaum atau pegangan agamanya.”

Berkaitan PKR pula, beliau melihat parti terbabit akan kekal dengan tiga kerusi atau kemungkinan berkurang berdasarkan kepada peranan mereka yang semakin tumpul dalam arena politik Sarawak sendiri.

“Jangkaan saya, tidak ada isu besar yang dapat diangkat oleh pakatan pembangkang selain daripada isu remeh-temeh yang sudah berulang kali dimainkan tetapi masih gagal mempengaruhi rakyat apatah lagi kepimpinan BN semakin mantap dengan usaha berterusan untuk membawa pembangunan ke setiap ceruk kampung.”

Terang beliau antara hal-hal remeh yang bakal dimainkan pembangkang selain isu kalimah Allah ialah ialah isu tanah adat, soal pembangunan, 20 perkara berkaitan perjanjian yang antaranya ialah kuasa autonomi Sarawak dan beberapa lagi isu setempat.

“Ini semua isu lama yang diangkat semula namun saya yakin dengan kesungguhan BN dan ikatan yang padu maka pakatan pembangkang sukar untuk mengembangkan pengaruhnya apatah lagi rakyat sendiri bijak melihat berdasarkan realiti kepimpinan yang ada,” tegasnya. – MediaUMNO

Program diketuai Oleh ASP John Dicky,Ketua Bahagian Pengurusan Daerah 

Penyerahan sumbangan bantuan kpd mangsa kebakaran Rita bt Dorasit di lokasi kebakaran di Kpg Bruit pada petang kejadian tersebut, Ahad 24 Jan 2016.

Sumbangan merupakan bantuan segera daripada YB Abdullah Haji Saidol ADUN Semop N36 untuk meringankan sedikit beban mangsa telah diserahkan oleh wakil beliau, Tn Hj Suib Basnu Timbalan Pengerusi Bahagian PBB N36 Semop. Turut hadir bersama adalah Pemanca Daerah Daro, Penghulu Kpg Bruit dan ahli Skuad Sayang Semop N36 dari Kpg Bruit dan Kpg Penipah ..

Salam sejahtera dan salam 1Yayasan.

Sepertimana arahan YAB Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak, kami memohon maklum balas daripada penerima Biasiswa JPA daripada Sarawak yang menerima kesan dengan pembekuan tawaran Biasiswa JPA. Sila berhubung dgn saya sendiri atau mana-mana pegawai saya seperti di bawah utk maklumat lanjut;

1. Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim
(Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pendidikan Tinggi)
Tel: 013-809 9883
Emel: adzlie@yayasansarawak.org.my

2. Encik Muhamad Rahman Sallehin
(Penolong Pengarah Seksyen Pendidikan Tinggi)
Tel: 016-854 1239
Emel: rahmansallehin@yayasansarawak.org.my

Yang Benar,

Datu Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki
(Pengarah Yayasan Sarawak)
Tel: 012-889 1117
Emel: abubakar@yayasansarawak.org.my

Sekitar Majlis Perasmian Masjid Darul Arqam Kampung Belawai oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

22 Januari 2016, Jumaat
1030 pagi
Masjid Darul Arqam, Kampung Belawai
Sumber :FB DUN N41 Kuala Rejang

Kami memulakan siri perbincangan dengan PM dan saya sendiri berhubung dengan apa-apa hak di bawah Perjanjian Perlembagaan, Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold dan kedudukan autonomi Sarawak di Malaysia. Rundingan akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama adalah pada kuasa pentadbiran dan peringkat kedua mengenai hak-hak kami di bawah perlembagaan. Hasil fasa pertama ceramah diadakan semalam di sebagai pejabat Perdana Menteri seperti yang diperincikan di bawah agak positif:

Penyediaan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
 
1. Pegawai Undang-Undang Negeri hendaklah diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk menjalankan pendakwaan bagi kesalahan di bawah peraturan-peraturan negeri dari peringkat seseorang dipertuduh di mahkamah rendah sehingga peringkat rayuan.
 
2. Adalah dipersetujui bagi pewakilan kuasa kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk mewakili Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam pelantikan pegawai-pegawai ke Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk pengajaran dan perkhidmatan perubatan.
 
3. Catatan di Jabatan Imigresen Sarawak akan dipertingkatkan untuk meningkatkan fungsi penguatkuasaan di Negeri dengan peningkatan sebanyak 100 jawatan baru, dengan penempatan penuh pada akhir bulan Februari 2016.
 
4. Nisbah guru kelahiran Sarawak berkhidmat di Sarawak akan meningkat kepada 90% daripada jumlah bilangan guru di Sarawak menjelang 2018. Bagi memastikan sasaran ini dicapai, guru sandaran daripada pasaran terbuka akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa dan mendapatkan Diploma dalam Pendidikan semasa mengajar.
 
5. Trafik kuasa warden Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak akan diberikan kepada Majlis Bandaraya Miri, selain daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.
 
6. Kerajaan Negeri akan berunding sebelum permohonan Permit Memancing Laut Dalam dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian Laut Deep Permit untuk dipertimbangkan.
 
7. Kerajaan Negeri akan berunding dalam penggubalan undang-undang Persekutuan yang telah galas atau memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, di mana disediakan oleh undang-undang.
 
8. perancangan projek-projek pembangunan persekutuan di Negeri Sarawak akan memberi keutamaan kepada Rancangan Pembangunan Negeri Sarawak 5 Tahun berdasarkan bajet yang diluluskan. Pelaksanaan projek-projek yang akan dirujuk / dirundingkan di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri seperti menentukan lokasi sekolah, hospital dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lain.
 
9. Kementerian akan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelajar daripada kalangan rakyat Sarawak ke dalam program ijazah perubatan di universiti awam. Sarawak akan diberi peluang yang lebih besar untuk memasuki pengajian asasi program di UNIMAS.
 
10. Adalah dipersetujui bahawa bidang yang berkaitan yang boleh diwakilkan akan dikenal pasti untuk mewakilkan kuasa Ketua Pengarah di bawah Seksyen 49 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pegawai Negeri / jabatan.
 
11. Pembangunan projek-projek perumahan di Sarawak yang akan dilaksanakan semula melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama, untuk memastikan bahawa agensi-agensi kerajaan yang terlibat sepenuhnya dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aspek projek-projek di Negeri Sarawak.
 
12. Adalah dipersetujui bahawa pembangunan sukan di Negeri Sarawak diuruskan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri. Kementerian Belia dan Sukan juga sedang dalam proses meningkatkan Akta Pembangunan Sukan 1997 yang dijangka siap pada akhir 2016.

13. Adalah dipersetujui bahawa Kerajaan Negeri akan menjalankan semua fungsi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua jawatan akan dipindahkan ke dalam Perkhidmatan Awam Negeri. Kerajaan Persekutuan akan menyumbang 50% daripada kos yang ditanggung seperti yang diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara.

-Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem-


| Copyright © 2013 MERADONG TODAY