'/>

Lokasi di Taman Bintang Bintangor..

posted from Bloggeroid

BENTONG: Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan hampir reput di kawasan semak di Batu 16 Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mayat itu ditemui orang awam yang hendak membuang air di kawasan itu pada 3.45 petang.

"Mayat berkenaan yang hampir reput itu kehilangan beberapa anggota badan antaranya kedua-dua kaki dari bahagian tapak kaki hingga ke paha," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Mansor berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai dibunuh lebih empat hari lalu di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak itu.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

- Bernama

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY