'/>

Hari ini, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP melabelkan Khalid sebagai “lembu suci” yang tidak boleh dikritik.sumber

Dalam kenyataannya yang dilihat akan memanjangkan ‘perang’ beliau dengan Khalid, Guan Eng berkata, Khalid perlu ketepikan sikap sombong dan sedar bahawa beliau bukan maksum atau “lembu suci” yang tidak boleh dikritik, tetapi hanyalah seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

Katanya, Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya tetapi sebaliknya bergantung kepada undang-undang fitnah untuk membersihkan namanya.

“Apakah Khalid akan berjuang secara adil dengan membawa kepada mahkamah sivil terhadap mereka yang beliau dakwa memfitnah beliau?,” tanya Guan Eng.

Beliau turut menuduh media yang dakwanya dikawal Barisan Nasional (BN), termasuk beberapa dalam akhbar Cina, telah menerima pakai pendirian BN yang anti-PPS.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY