'/>

Seorang lelaki maut sementara seorang wanita cedera dalam satu kejadian tembak dilaporkan berlaku di sebuah kedai kopi di Lanang Road, Sibu semalam. Difahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 11.20 malam ketika kedua mangsa sedang menikmati makanan bersama empat orang rakan mereka di permis berkenaan. Mangsa yang meninggal dikenalpasti identitinya sebagai Ting Meng Min, 30-tahun manakala yang cedera adalah seorang warga Negara China. Siasatan awal polis mempercayai kedua mangsa telah ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama dua lelaki. -

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY