'/>
Kalau betul sekali pun dah tentu dinafikan, dah tentu kata iut semua kerja orang tu kerja orang nih. Mesti kata komplot comolot lah semua mesti ada, jadi buktikan je

Zamil Ibrahim yang mendakwa mempunyai rakaman kenyataan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dianggap sebagai satu gimik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, dakwaan Zamil itu hanya satu perkara biasa bagi setiap parti politik yang mempunyai ideologi yang berbeza.

Menurutnya, kata-kata Anwar dalam mesyuarat tertutup itu bukan usaha untuk menjatuhkan pemimpin PR tetapi sebagai menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap seseorang.

“Itu perkara biasa, bukan semua parti mempunyai cerita dan pendapat yang sama.

“Itu bukan usaha untuk jatuhkan orang lain. Itu mesyuarat tertutup dan memang ada perbezaan pendapat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Isnin lalu, Zamil ada menyatakan beliau mempunyai CD rakaman mengenai perbualan Anwar bersama tiga lagi pemimpin PKR pada mesyuarat tertutup yang berdurasi, lima minit dua puluh saat , dan mendesak Anwar menjelaskan perkara tersebut kepada umum dengan segera sebelum beliau mengambil tindakan untuk mendedahkannya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, perkara yang dikatakan Zamil itu hanyalah perbincangan parti yang membincangkan perasaan tidak puas hati dengan pemimpin parti lain samaada Pas ataupun DAP dan beliau memberi ruang kepad Zamil untuk mendedah CD tersebut bila-bila masa sahaja.

“Itu perkara biasa, memang DAP ataupun Pas tidak mempunyai pendapat yang sama dengan PKR.

“Kalau sama pendapat kenapa tak tubuhkan saja satu parti. Tak perlu banyak-banyak parti," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, Zamil hanya melakukan gimik untuk PRU13 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, perkara memburukkan parti seperti itu sering terjadi apabila seseorang telah keluar daripada mana-mana parti yang disertainya dahulu.

“Cerita itu cerita lama, dah tak boleh jadikan cerita lagi.

“Seseorang yang keluar daripada parti akan membuat tuduhan seperti itu," katanya.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, beliau tidak mahu melayan cerita seperti yang dibawa Zamil.

“Perkara itu tak sepatutnya berlaku pun, saya tak mahu layan perkara itu," katanya lagi.



sumber: http://usezworkshop.blogspot.com/2012/07/amacam-zamilbuktikan-je-lah-tak-payah.html

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY