'/>

Bintangor : Sesi  taklimat ringkas program JASA -Connectivity dengan pegawai jasa bahagian Sarikei & Pergerakan Parti PBB N62 Meradong

Menurut YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah peruntukan bajet bagi penyelenggaraan bagi sekolah-sekolah di Sarawak tidak hanya menumpu kepada kawasan -kawasan DUN tertentu.Setiap penyelaanggaran/pembaikan di sekolah rendah akan dipantau oleh PPD dan pengurusan sekolah menengah masing-masing.
Namun kerajaan komited dalam penyelenggaran /pembaikan secara menyeluruh bagi sekolah -sekolah di Sarawak dan tertakluk kepada peruntukan sedia ada.

Hari ini dalam sejarah Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam daripada pelbagai parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang berkumpul bersama untuk berbicara secara terbuka dan ikhlas mengenai cadangan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah yang menjadi bahan polemik dalam masyarakat kini.

Tahniah kepada YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri yang mencetuskan inisiatif bermakna ini. Yang penting pimpinan parti-parti siyasah bersepakat bahawa usaha memartabatkan Islam mesti menjadi agenda bersama.

Kita boleh berbeza pandangan tetapi dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan Islam dan Ummah, mesti bermuafakat dan bekerjasama. Moga ini menjadi satu budaya baru dalam perpolitikan di Malaysia hari ini dan masa akan datang.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
22 November 2016

SUPP strongly  opposes the proposed amendment to Act 355 and views any steps and policies to advance the implementation of Hudud.SUPP has safeguarded the secular nature of Sarawak.

Menurut Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak YB Dr. Abdul Rahman Junaidi pembayaran pampasan untuk pengambilan balik tanah awam dibawah projek Pan Borneo adalah dibawah Kanun Tanah Negeri (Bab 81).
Pampasan yang dibayar merangkumi nilai tanah,nilai bangunan ,kos gangguan dan pemindahan termasuk penyambungan bekalan air dan elektrik.Untuk itu urusan penyambungan  bekalan elektrik  dan air serta membina jalan baru ke rumah panjang baru  adalah atas tanggungan pemilik sendiri.

Pejabat Kebajikan Daerah Meradong sudah cukup untuk mengendalikan Kes  bantuan ataupun rujukan di daerah Meradong.Dalam masa yang sama Jabatan kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei juga sentiasa membantu dari semasa ke semasa memandangkan jarak Meradong Dan Sarikei hanya mengambil masa 25 minit sahaja...Menurut  YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah bila menjawap soalan YB Datuk Doing Kuong Hiing.

Berdasarkan kajian "Fire Cover" oleh JBPM dengan kerjasama TM melalui Aplikasi Peta Digital TM SmartMap didapati risiko Kebakaran di Julau dan Pakan masih rendah menurut YB Datu Dr Penguang Manggil.

Oleh yang demikian kerajaan masih belum bercadang membina balai Bomba dikawasan tersebut.

Walau bagaimana pun Sebuah Pasukan Bomba Sukarela aktif di Julau yang mempunyai sebuah jentera Proton Arena dan kelengkapan kebombaan.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY