'/>

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu. Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM.

Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia. Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.
Baca sepenuhnya

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY