'/>

1. Datuk Seri Najib Razak berjaya membatalkan saman dikemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan Perdana Menteri melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Saman dikemukakan Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin dibatalkan pihak mahkamah selepas mendapati tuntutan saman berkenaan tidak boleh dipertahankan.

3. Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata hakim turut memutuskan bahawa saman berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa tindakan, remeh dan menyusahkan.

4. Mahkamah bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh pihak mewakili Najib bahawa adalah salah bagi plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka untuk mendakwa Najib selaku penjawat awam, dan melakukan perbuatan salah laku itu.

5. Hal ini kerana mahkamah mendapati Perdana Menteri bukan penjawat awam mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya ahli pentadbiran.

6. Mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga plaintif membayar kos kepada defendan sebanyak RM30,000.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY