'/>

ASTRO OH ASTRO

Bayar mahal perkhidmatan terok. Lambat bayar cepat potong nak sambung lambat. Itula ASTRO. Salah satu saluran TV berbayar di negara ini yang BOLEH naikkan harga perkhidmatan sesuka hati mereka tanpa ada tindakan. Saya pun tak tahu apa yang menyebabkan perkhidmatan mereka makin mahal..apabila pelanggan semakin bertambah banyak perkhidmatan sepatut semakin murah (pandangan org yang tak tahu dunia perniagaan)

Kalau pelanggan tamatkan perkhidmatan pelbagai cara ASTRO lambatkan ..kadang-kadang dia terus caj perkhidmatan walaupun pelanggan tidak lagi melanggan.

ASTRO akan hubungi pelanggan dari masa ke semasa tak kira waktu samada mereka nak UPGRADE perkhidmatan sedia ada dengan pelbagai tawaran yang AMAT menarik.

Tahun 2001 saya melanggan ASTRO melalui pakej biasa dgn bayaran RM55.00 sebulan tapi sekarang (2017) pakej itu berharga RM96.00 sebulan walaupun salah satu saluran sudah ditamatkan.

Apa pun UPGRADING dilakukan oleh ASTRO mereka masih BELUM lagi..saya ulangi BELUM lagi berkeupayaan atau dalam erti kata lain BELUM lagi MAMPU untuk menyelesai masalah seperti di bawah ini walaupun sudah beroperasi melebihi 20 tahun atau lebih.

Sekian pandangan seorang pelanggan yang sudah muak membuat aduan kepada ASTRO.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY