'/>
Bintangor:
Pihak Surau Darul Ehsan Bintangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Bahagian Sarikei akan mengadakan kursus pengurusan jenazah pada 6 hingga 7 Julai 2011 in.Tempat kursus ini adalah di Surau D.E sendiri.Kursus ini terbuka kepada warga Islam tidak kira lelaki/wanita di kawasan Bintangor.Hanya 40 orang peserta terawal akan diterima.Jadi jangan lepas peluang untuk menimba ilmu.Jika berminat sila hubungi Imam Surau D.E. Encik Japaar Majid.

posted from Bloggeroid


Nama Kanang Anak Langkau sememangnya sangat asing di telinga generasi baru. Ramai yang tidak kenal siapa Kanang Anak Langkau. Bahkan ramai yang beranggapan, lelaki bernama Kanang Anak Langkau itu hanyalah seorang lelaki Iban tua yang tinggal di rumah panjang dan tidak pernah terdedah kepada dunia luar.
Hakikatnya, Kanang Anak Langkau telah mencatatkan namanya dalam lipatan sejarah tanahair sebagai seorang pahlawan besar. Pahlawan yang bukan sahaja sanggup mengorbankan diri dan nyawa untuk negara, bahkan semangatnya untuk memastikan tiada ancaman daripada komunis, terus membara meskipun dia tidak lagi bergelar Hulubalang Negara.
Pegawai Waran I Kanang Anak Langkau pernah menolak gelaran Datuk yang ingin dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Malaysia dengan baik. Berbeza dengan golongan ahli politik, termasuklah kalangan DAP yang beria-ia menentang Malaysia tetapi anugerah Datuk diterima dengan senang hati. Bahkan digunakan dengan penuh bangga.
Cerita tentang keperwiraan Kanang Anak Langkau wajar dikenang dan diceritakan semula. Keperwiraannya dan kehebatannya membunuh pengganas komunis di Hutan Simpan Hutan Korbu yang telah memaksanya berehat di atas katil hospital selama setahun akibat ditembusi tiga biji peluru yang merosakkan buah pinggang, paru-paru dan merobekkan perutnya, tidak wajar disimpan begitu sahaja.
Satu-satunya penerima dua anugerah Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan (SP) yang masih hidup itu berkata, kerajaan perlu melancarkan kempen publisiti secara meluas tentang ideologi dan kesan fahaman komunis terhadap masyarakat bagi menangani kononnya cubaan mewujudkan semula fahaman itu menjelang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.
Pastinya, ramai yang tidak akan berpuas hati terutama sekali para penyokong Pakatan Rakyat dengan Kanang Anak Langkau apabila pahlawan tersebut mengatakan, banyak generasi sekarang yang tidak memahami kezaliman dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat semasa pemberontakan komunis di negara ini dari tahun 1948 sehingga 1990.
6 orang ahli Parti Sosialis Malaysia termasuklah Ahli Parlimen Sungai Siput telah ditahan semula di bawah Ordinan Darurat kerana cuba mengembangkan fahaman komunis. Tindakan pihak berkuasa itu telah mendapat kecaman daripada para pemimpin dan pencacai Pakatan Rakyat. Mereka beranggapan cerita-cerita tentang komunis selama ini adalah karut semata-mata.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY