'/>


30 Jun,2017
Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah treler di kilometer 11 Jalan Sarikei - Sibu, di Sarikei, Sarawak kira-kira jam dua petang tadi.

Mangsa yang terkorban dikenali Ng Ing Wui, 28 tahun.

Punca sebenar kemalangan sedang disiasat.

Edaran Media

Isu pengambilan dadah dikalangan belia terutamanya pelajar 2 sekolah perlu dibanteras segera...Menurut Ketua Pemuda PBB N46 Meradong..Saudara Cr Halmi Morsili pihak kami mengambil serius perkara ini.Daripada sumber yang kami perolehi ada dikalangan belia perempuan sanggup mengadai maruah diri semata-mata  untuk mendapat bekalan dadah.
Pihak kami mengambil serius perkara ini.Kerjasama semua pihak perlu membanteras gejala ini.Apa yang merisaukan Pengedar Dadah ini seolah-olah dilindungi pihak-pihak tertentu.Kami tidak menunding jari kepada sesiapa tapi seolah-olah perkara ini tiada jalan penyelesaian...Tauke Besar Perlu diperangi segera...
Ibubapa perlu pantau anak kita...Jangan biarkan mereka terpengaruh dengan gejala ini...sama-sama kita banteras Gejala ini...

Saudara :
Kr. Halmi Bin Morsili
Ketua Pemuda PBB N46 Meradong

Kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dibuka sejak pagi semalam penuh sesak dengan majikan dan pekerja yang membuat permohonan E-Kad sebelum tempohnya berakhir esok.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, walaupun JIM sudah membuka kaunter dengan semaksimumnya kesesakan tetap berlaku kerana sikap pekerja dan majikan yang menunggu hingga saat akhir.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY