'/>

RANG UNDANG2 MEMPERKASA BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH  BERJAYA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

Alhamdulilllah hari ini tercatat dalam sejarah akhirnya Rang Undang2 Persendirian untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah berjaya juga dibentangkan di Parlimen. Usul yang dibawa oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut dicadangkan oleh Menteri daripada Barisan Nasional sendiri Datuk Seri Azalina Othman dan disokong seorang lagi Timbalan Menteri BN iaitu Datuk Rosnah Shirlin, walaupun mendapat tentangan hebat daripada Ahli2 Parlimen DAP.

Akta ini dicadangkan untuk dibahas dan dipinda bagi membolehkan Mahkamah Syariah diperluasakan kuasa lebih besar menjatuhkan hukuman yang berkaitan dengan Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad melebihi kuasa yang sedia ada yang sebelum ini hanya terhad kepada hukuman denda RM5,000, penjara 3 tahun dan sebatan sebanyak 6 kali.

Dengan pindaan Akta 355 ini kelak diharapkan hukuman kepada jenayah2 tertentu dapat dinaikkan ke tahap sebagaimana yang ditetapkan oleh Syariah dan tidak sesekali melangkaui bidang kuasa Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Harus diingat pindaan ini tidak langsung menyentuh orang bukan Islam kerana ia hanya melibatkan perluasan kuasa2 Mahkamah Syariah dibawah negeri2 sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Moga Allah membuka hati Ahli2 Parlimen Malaysia untuk menerima usul ini kelak tanpa perlu mencetuskan andaian2 yang tidak benar apatah lagi menakut2kan rakyat dengan sesuatu yang tidak berasaskan realiti sebenar hukum syarak dan realiti masyarakat berbilang agama dalam konteks negara ini.

*YB SENATOR DATO' DR ASYRAF WAJDI BIN DATO' DUSUKI*
Timbalan Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)

Turun padang.... melawat rakyat sambil memberi sumbangan.


| Copyright © 2013 MERADONG TODAY