'/>

Kutipan Pingat Terkini MALAYSIA

EMAS
🥇Gan Hua Wei & Lee Yhing Huey
Renang Berirama Rutin Duet Bebas

🥇Loh Jack Chang
Wushu Taijijian

🥇Bola Jaring
MALAYSIA 65 vs Singapura 41

🥇Diana Bong Siong Lin
Wushu Nanquan

🥇Rafiq Ismail
Boling Tenpin (Lelaki)

🥇Ragbi 7s (Lelaki)
MALAYSIA 17 vs Singapura 7

PERAK
🥈Sin Li Jane
Boling Tenpin (Perseorangan Wanita)

🥈Adrian Ang
Boling Tenpin (Lelaki)

🥈Khairul Anuar Mohamad
Memanah Recurve Individu (Lelaki)

🥈Wong Wen Son
Wushu Jianshu (Lelaki)

GANGSA
🥉Polo Air (Lelaki)

🥉Shalin Zulkifli
Boling Tenpin (Perseorangan Wanita)

🥉Nur Aliya Ghapar
Memanah Recurve (Wanita)

🥉Ragbi 7s (Wanita)
MALAYSIA 7 vs Filipina 5

TAHNIAH!

Ucapan Tahniah oleh YAB PM Najib..Menerusi laman media sosial beliau.

Patik dan seluruh rakyat Malaysia merafak sembah tahniah kepada DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mencatat sejarah sebagai Sultan pertama di Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA.

Saat membanggakan untuk semua rakyat Malaysia! #BangkitBersama

Sukan SEA ke-29 dibuka secara rasminya dalam satu majlis pembukaan penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Perasmian temasya dwi tahunan yang bertemakan 'Bangkit Bersama' itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.

#MalaysiaMestiMenang
#KL2017
#SeaGames2017
#BangkitBersama
#RisingTogether

Sidang media Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkaitan kes anggota polis maut ditembak di Hosba Changlun dan kes tembak mati di Sungai Petani pagi tadi.
Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, dekat Napoh, di sini, malam tadi.
Mangsa terkena sekurang-kurangnya empat das tembakan di bahagian belakang badan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam tadi.
Mangsa, dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman  sedang berbual dengan seorang rakannya di perkarang rumah terbabit sebelum maut terkena tembakan.


Keputusan Perlawanan Malam Ini:

FUTSAL
(Wanita)
🇲🇾 MALAYSIA 2-1 Myanmar 🇲🇲

FUTSAL
(Lelaki)
🇲🇾 MALAYSIA 5-4 Myanmar 🇲🇲

SEPAK TAKRAW
Regu Berpasukan (Lelaki)
🇲🇾 MALAYSIA 2-1 Indonesia 🇲🇨
23-25, 21-16, 21-11

TAHNIAH!

Dua Pegawai HDC Sarawak Dan Seorang Pengurus Syarikat Ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua pegawai Perbadanan Perumahan (HDC) Sarawak bagi membantu siasatan berkaitan dengan tender mengecat dan membaikpulih yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik di Miri, Sarawak.

SPRM juga turut menahan seorang pengurus yang dilantik untuk melaksanakan projek tender yang dibuka pada April 2015 itu dalam satu operasi tengahari tadi.

Suspek ditahan itu adalah seorang jurutera, 39-tahun dan juruteknik kanan, 59-tahun, manakala pengurus yang ditahan itu berusia 49 tahun.

Difahamkan, tender itu telah dibuka oleh HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja-kerja mengecat dan membaikpulih 12 unit rumah flat 2 tingkat di Miri yang terbakar dan sebanyak 10 permohonan diterima dengan sebuah syarikat kemudiannya dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

Adalah dipercayai, syarikat itu sebaliknya telah melantik sebuah lagi syarikat sub kontraktor milik individu lain bagi melaksanakan kerja-kerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

Pada tahun 2016 tersebut telah dikatakan membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11969 kepada Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) sedangkan kerja-kerja tersebut tidak pernah dilakukan.

Difahamkan, maklumat berhubung kes tersebut diperolehi oleh SPRM menerusi laporan audit negara 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu dan berkata kesemua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan.

Lagi Pingat Buat Kontinjen MALAYSIA

Pusat Akuatik Nasional, Lee Yhing Huey menghadiahkan Malaysia PINGAT PERAK dalam acara Rutin Solo Bebas sebentar tadi dengan mengumpul 74.7 mata, ketinggalan 0.3 mata di belakang penyandang emas.

Dari Stadium Tertutup Titiwangsa pula, skuad Sepak Takraw Malaysia membawa pulang PINGAT GANGSA ketiga buat negara dengan kutipan 106 mata dalam acara Chinlone Event 4.

Perkembangan lain, skuad Sepak Takraw Malaysia akan bertemu skuad Thailand dalam pusingan AKHIR pada jam 8.00 malam ini di Stadium Tertutup Titiwangsa bagi acara Chinlone Event 1.

TAHNIAH!

Program "Nothing To Hide 2.0" adalah bukti kegagalan penganjur dalam aspek keselamatan, sedang untuk mengawal ahli mereka sendiri pun gagal.

Penganjur perlu diambil tindakan berikutan insiden ganas yang berlaku.

TERKINI: Suspek lelaki berusia 23 tahun dikenali Ayob alamat terakhir tinggal di Bintangor kini diburu Polis Daerah Matu Daro selepas dipercayai terlibat kes Curi Meriam Tembaga Antik di Kampung Tebaang, Daro dan Kes Pecah Masuk serta Curi Duit Tabung Masjid di Masjid Tunku Abdul Rahman, Daro pada 28 Julai 2017 kira-kira jam 4.50 petang pada hari kejadian, baru-baru ini.

Manakala seorang rakan suspek yang turut terlibat sama dalam kedua-dua kes tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang terserempak atau mengenali suspek boleh menghubungi Balai Polis Daerah Matu Daro atau balai polis berdekatan.

Sumber: IPD Matu Daro.

Dapatkan berita selanjutnya dalam Akhbar Utusan Sarawak esok Khamis (17/08/2017).

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Limau Bintangor Power Boat Race 2017 di pengerusikan oleh Cr. Ung Sing Tai

Tarikh cadangan: 28-29 Oktober 2017
Tempat: Tebingan Sungai Rajang, Bintangor Bandar Limau

#Powerboatrace
#PestaLimauBintangor

Sumber: Roy obin

MOHON KONGSI DAN SEBARKAN.

Kepada sesiapa yang mengenali En.Gilbert Silo ak Joshua yang beralamat di Peti Surat 496,  96807 KAPIT ..tolong maklumkan kepada beliau mengenai surat tawaran kerja dari JABATAN TANAH & SURVEY Negeri Sarawak untuk beliau.

Moga En.Gilbert berjaya ditemui.

#sodiakroks
#JAPENSarawak

Serian :Ayah kandung, datuk dan bapa saudara 4 saspek dibawa ke Mahkamah Majistret Serian pagi ini untuk permohonan reman.

Perempuan mengandung mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh 4 orang lelaki, iaitu ayah, datuk dan 2 bapa saudara semenjak berumur 13 tahun. Mangsa juga mendedahkan bahawa adiknya turut dirogol semenjak berumur 9 tahun. Kesemua insiden rogol ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kpg. Daha Seroban, Serian.

Saspek-saspek berumur antara 26 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani. Mereka adalah ayah kandung, datuk dan bapa saudara kepada kedua2 mangsa dan tinggal serumah.

Kes disiasat di bawah seksyen 376B, iaitu sumbang mahram.

SKSJ Khas Meradong  2017(Parlimen Sarikei P.208 )

Daftar calon - 1. Bintangor : 26.8.2017 (Sabtu) - Dewan Masyarakat Bintangor.

Sarikei       : 27.8.2017 (Ahad)Dewan Serbaguna Kampung Seberang.

Pejabat JPJ Sarikei : 28 - 30 Ogos 2017

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Yuran : RM200

2.Salinan Kad Pengenalan

3.2 keping gambar ukuran pasport latarbelakang warna putih

4.Permohonan hanya untuk lesen kelas B2 sahaja dan sihat tubuh badan.

5.Pemohon tidak pernah memiliki lesen memandu

6.Had Umur pemohon adalah yang berumur 16 tahun ke atas.

Borang boleh didapati

1.Pejabat JPJ Sarikei (084-654151)

2.Pejabat PBB Meradong (Zaini -0135736109(whatsapp sahaja)

3.Pusat Khidmat SUPP Meradong(084-691-988)

Sila Serah Borang sebelum 30  Ogos 2017 sebelum 1630 petang

Sarikei:Seorang remaja maut manakala rakannya cedera selepas kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Repok, malam tadi.

Kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik. Mangsa yang dikenali sebagai  Lennon wong king teck  berusia 20 tahun meninggal dunia di Hospital Sarikei, pada jam 2149 hrs

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitenden Mat Jusoh Mohamad mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

MA63: Dokumen Baharu Ditemui Barisan Peguam Ke London

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pasukan undang-undang Sarawak yang ke London menemui dokumen-dokumen baharu dan penting mengenai pembentukan Malaysia.

Menurutnya dokumen-dokumen berkenaan ditulis oleh Kerajaan Britain kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ada antaranya tidak pernah dilihat.

“(Dokumen-dokumen) itu nampaknya sangat baik. Ia seharusnya begitu kerana ia dokumen-dokumen yang pentung,” katanya sambil menambah beliau akan dimaklumkan dengan terperinci mengenai perkara dalam pertemuannya dengan pasukan undang-undang berkenaan petang ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyermpurnakan majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Bahasa (iCLS) 2017 di sini hari ini.

Menurut Abang Johari penemuan (dokumen-dokumen) itu sangat penting kerana wujudnya komunikasi antara kerajaan United Kingdom dengan PBB sebelum penubuhan Malaysia pada 1963.

“Tidak, kita tidak pernah melihat dokumen-dokumen ini sebelum ini…Banyak perkara yang tidak dapat diakses oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini.

“Apabila kita berunding, kita tidak membuat kenyataan yang liar.

Rombongan pasukan undang-undang ke Sarawak bertujuan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan penubuhan Malaysia pada 1963 dari British National Achives diketuai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Pasukan itu turut disertai Penasihat Perudangan Negeri Sarawak Datuk Fong Joo Chung dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Gerawat Gala.

Mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, Petros  Abang Johari berkata ia akan dilakukan dalam kalangan ahli lembaga syarikat berkenaan.

Ia sekali gus menafikan khabar angin mengatakan CEO Sarawak Energy Berhad Sharbini Suhaili akan dilantik untuk jawatan itu.

“Ahli lembaga Petros telah dilantik, lima orang dan mereka kesemuanya anak jati Sarawak, profesional termasuk pesara Petronas dan Shell.

“CEO Petros belum dilantik. Ahli lembaga akan berbincang dan memilih CEO dalam kalangan mereka untuk mencari CEO yang terbaik dan berpengalaman,” katanya.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata Petros sudah didaftar, berperanan sebagai pelabur dalam indusrti minyak dan gas akan bekerja sama dengan Petronas terutama dalam aktiviti –aktiviti huluan

“Sekarang kita di peringkat pembentkan. Maknanya kita mesti mempunyai jentera sendiri selepas itu baharulah kita melakukan usaha sama dengan Petronas terutama dalam aktiviti-aktiviti huluan.

“Perinciannya akan saya umumkan kelak, kerana saya perlu maklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu semasa persidangan pada November depan,” jelasnya.

Isnin lalu, Abang Johari pada majlis Makan Malam Penghargaan Pejabat Ketua Menteri mengumumkan penubuhan rasmi Petros dan memaklumkan kesemua ahli lembaga telah dilantik.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli lembaga atau pengerusi mahu pun CEO syarikat berkenaan. -UB

#iamSarawakian #TeamAbgJo

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah telah berjaya mencekup seorang pengedar ketika membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Penakup Ulu,Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah,DSP Jimmy Panyau mengesahkan telah membuat tangkapan seorang lelaki berumur 48 tahun itu bersama 20 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 5.43 gram hasil dari pemeriksaan di rumah tersebut dengan anggaran bernilai RM1200.00.

Pemeriksaan air kencing ke atas suspek, didapati negatif dadah namun suspek  telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Sek 39A(1) ADB 1952.

Katanya lagi,usaha pembantersan begini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi daerah Mukah agar ianya bersih dari gejala tersebut.

Petros & Lebuhraya Pan Borneo Adalah Harapan Sebenar Rakyat Sarawak

Politik BN adalah politik khidmat bakti dan menunaikan janji kepada rakyat. Politik sebeginilah yang membawa harapan yang sebenar kepada rakyat. Harapan yang boleh direalisasikan kepada rakyat bukannya harapan kosong yang dibawa oleh Pakatan Harapan.

18 Disember 2016, 8 pakej pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dilancarkan oleh Datuk Seri Najib di  Miri, Sarawak. Lebuhraya yang merentas hampir semua bandar dan kawasan di Sarawak.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini bakal memperkukuh dan memperluaskan jaringan jalan raya sedia ada dari Telok Melano, Sematan seterusnya ke bandar-bandar lain di Sarawak seperti di Lundu, Kuching, Bau, Padawan, Serian, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Selangau, Tatau, Bintulu, Bakun Junction, Miri, hinggalah ke Mengkalap-Merapok/sempadan Sindumin.

Lebuhraya bernilai RM16 billion ini adalah janji BN semasa PRU13.  “Dalam manifesto PRU-13, BN menjanjikan Lebuh Raya Pan Borneo bermula di Sarawak. Hari ini, lebuh raya ini sedang pesat dibangunkan.

“Ini bukti bahawa BN adalah kerajaan yang menunaikan janji. We don’t just talk, we deliver! (Kita tidak sekadar bercakap, tetapi kita melaksanakannya),” kata Datuk Seri Najib pada 2 Mei 2016

Semalam, DAP dan PKR baru sibuk hendak merangka manifesto dan janji baru bagi PRU14 di Sarawak. PKR dakwa sudah ada calon berpotensi manakala DAP juga buat dakwaan yang sama. Akhirnya dua parti ini pasti akan bertembung sesama sendiri nanti pada PRU14.

BN sudah tunai janji, PKR dan DAP baru sibuk hendak rangka dan cipta janji baru.

Semalam, 7 Ogos 2017 adalah hari lahir
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang ke 67. Semalam juga, Abang Jo umumkan penubuhan syarikat minyak dan gas kerajaan negeri Sarawak iaitu Petroleum Sarawak (PETROS)

Kesemua Ahli Lembaga Pengarah Petros telah dilantik dan melibatkan mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak dan gas yang langsung tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik.

Berita ini sebenarnya cukup menggembirakan warga Sarawak. Namun, penubuhan Petros yang akan bekerjasama dengan Petronas ini adalah satu berita buruk buat pembangkang di Sarawak.

Sejak PRU11 hingga PRU14 nanti, modal politik pembangkang adalah tentang tuntutan pemberian royalti minyak kepada Sarawak.

Pembangkang berjanji seandainya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan dan mampu memenangi majoriti kerusi di Sarawak, pakatan pembangkang akan memberi royalti kepada Sarawak.

Ini hanya janji manis sahaja. Belum tentu pembangkang hendak laksanakan. Penubuhan Petros sama sekali akan lenyapkan terus modal royalti minyak pembangkang ini.

Oleh kerana itulah, DAP Sarawak sudah mengaku kalah dalam Facebook mereka. DAP mengakui bahawa hanya parti setempat sahaja yang mampu membangunkan Sarawak dan memahami setiap satu keperluan negeri ini.

Penubuhan PETROS ini akan membuka  banyak peluang pekerjaan buat rakyat Sarawak. Sepanjang 1,089 kilometer Lebuhraya Pan Borneo dan dilengkapi dengan stesen Petros bakal membawa harapan sebenar pada semua rakyat Sarawak.

Kesimpulannya, Lebuhraya Pan Borneo dan PETROS ini adalah bukti sebenar BN tunai janji pada rakyat Sarawak. Komitmen yang tinggi dan hubungan baik antara kerajaan pusat dan Sarawak memudahkan segala galanya.

72 kerusi DUN sudah dimenangi BN semasa PRN yang lepas. PRU13 yang lepas BN dapat 25 kerusi parlimen, 1 kerusi PKR dan 5 kerusi DAP. Wakil pembangkang bukan boleh bawa apa apa pun perubahan dan harapan di Sarawak.

Pengundi Sarawak kena beri balik 6 kerusi pembangkang ini kepada BN semasa PRU14 nanti. Sebagai tanda terima kasih, BN merealisasikan Lebuhraya Pan Borneo dan Petros. Ayuh jadikan semua 31 kerusi parlimen milik BN.

Tulisan :
Beruang Biru
BB530, Selasa
8 Ogos 2017

#iamSarawakian #TeamAbgJo

Semakin banyak lagi lah...bila dimansuhkan kelak..semakin beranilah pengedar dadah tok kelak...Negara lain dah lancar perang terhadap dadah..kita pulak nak undur ke belakang...

Bagaimanapun menurut Azalina pemansuhan hukuman mati mandatori tersebut bergantung kepada keputusan parlimen.Dalam jawapan bertulis di parlimen, Azalina berkata kabinet menyokong pindaan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk memberikan mahkamah kuasa memutuskan hukuman berdasarkan budi bicara hakim.

Madam Kho Kim Pueh dari Skim B, Meradong mencari saudara kandungnya dengan nama Kho Kim Lian dan Ah Ngieh. Selepas kematian suami & anaknya, dia kini tinggal bersendirian di rumah kecil & patah. Sesiapa yang tahu di mana adik-beradiknya, sila hubungi Tr. Vicky. H / P no. 0145876220.

Sumber : FB tuai rumah alek

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan berpeluk tubuh sahaja apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang bertubi-tubi dari segenap sudut oleh pihak yang berada di luar parti itu.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO itu berkata, sebagai ahli UMNO, beliau tidak sanggup melihat situasi berkenaan berterusan berlaku dan akan berada di barisan hadapan melakukan ‘serangan balas’ bagi mempertahankan institusi Presiden parti kerana wala’ dan kesetiaannya tidak pernah goyah.

“Saya tidak sanggup melihat pemimpin saya dibaling dengan najis, lembing atau tombak.

“Saya ambil lembing yang dibaling itu dan melemparkannya semula kepada orang yang membalingnya kerana wala’ saya kepada pemimpin serta parti memang ada trek rekodnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. - UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tidak-biarkan-presiden-diserang-ahmad-zahid-1.511694

MOHON SEBARKAN.

Tolong sebarkan agar pemilik Kad Pengenalan dan Lesen Memandu yang bernama Sylvesyer ak Kuak dari Kpg.Pichin,  Tebakang ini dapat ditemui.

Dompet beliau di temui di stesen minyak Petron,  Jalan Kolombong. Sesiapa yang mengenali beliau mohon memaklumkan perkara ini dan menghubungi terus Puan Florence Sebastian di nombor 0109576960.

#sodiakroks
#JAPENSarawak

Bintangor:YB Abdullah Hj Saidol ,Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri(Hal Ehwal Koporat ) santai bersama penduduk Kampung Bintangor.YB Sempat berjemaah maghrib bersama penduduk Kampung di Surau Darul Ikhsan Bintangor.

Belawai:

Sesuatu yang sangat pelik apabila Tun Dr. Mahathir nak meragui 'kekayaan' Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bukannya anak Zahid yang tersenarai antara yang terkaya di Malaysia.

Bukannya anak Zahid yang jadi tokey syarikat arak San Miguel

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Bencana di Bangunan Utama Parlimen, Kuala Lumpur

SPR NAFI TARIKH PRU 14 TELAH DITETAPKAN. AWAS!! JANGAN MUDAH PECAYA YANG TIDAK DISAHKAN.

BERIKUT IALAH KENYATAAN MEDIA YANG SAH DARIPADA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA.

Sarikei:Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  (BSJN) IPD Sarikei menahan 2 lelaki berusia diantara 16 dan 41 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahangunaan dadah. Menurut Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitenden Mat Jusoh Mohamad suspek ini telah menjalani saringan air kencing, kedua-dua suspek positif dadah jenis Meth. Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tangkapan itu merupakan satu lagi kejayaan terkini Polis Sarikei dalam usaha membentras kegiatan jenayah terbabit.

Lebih 3.7 juta rakyat negara ini yg layak mengundi ttp masih belum mendaftar sbg pengundi.

Namun begitu menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya, setakat 31 Mac 2017, lebih 3.7 juta orang yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih berbanding 18 juta jumlah keseluruhan rakyat yang layak mendaftar.

Statistik ini merupakan satu indikator bahawa kesedaran rakyat terhadap hak dan tanggungjawab mereka kepada negara masih rendah. Oleh itu, saya menyeru agar semua agensi-agensi yang terlibat untuk memperhebatkan usaha-usaha penerangan serta mendaftarkan mereka yang layak mengundi.

Peratusan pengundi keluar mengundi juga harus ditingkatkan lagi berbanding PRU13 di mana hanya 84.84% atau 11.2 juta pengundi telah keluar mengundi.

Sumber:https://t.co/RGnusvz3Gk

Sibu :Satu kebakaran telah berlaku di Lorong Sentosa Barat 2, Jalan Salim, Sibu melibatkan tiga buah rumah terbakar 100% ketika ini dan pihak bomba sedang berusaha untuk memadam kebakaran tersebut. Setakat ini punca kebakaran serta jumlah kerugian masih belum di ketahui.
Foto dan info by :info sibu

Sarawak Tidak Bersetuju Dengan Pendapatan 10% Cukai Perlancongan

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg menegaskan Sarawak tidak bersetuju dengan pendapatan 10 peratus yang dikutip dari Cukai Pelancongan yang diumumkan baru-baru ini.

"Bukan ini (pendapatan 10% dari Cukai Perlancongan) yang telah dipersetujui sebelum pengumuman di Putrajaya. Kita tidak ada membincangkan yang Sarawak hanya mendapat satu ringgit (untuk setiap RM10 yang dikutip)."

Menegaskan Sarawak tidak dapat bersetuju dengan 10 peratus "kerana susunan awalnya berbeza", Johari menjelaskan, Sarawak dan Sabah telah mengemukakan memorandum kepada Putrajaya mengenai sebelum ini bagaimana pendapatan yang dikutip dari Cukai Pelancongan perlu diagihkan.

"Memorandum itu menyatakan bahawa pendapatan sepatutnya diagihkan sama rata di antara tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah," katanya lagi ketika ditemui pemberita di BCCK selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Khas Antarabangsa ke-2 (ICSE 2017) pada hari ini.

#iamSarawakian
#TeamAbgJo

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY