'/>

1. Pada 10 Feb 2015, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat.

2. Kini, seorang lagi ahli politik PKR akan disumbat ke dalam penjara. Tian Chua PKR didapati bersalah terhadap pertuduhan melanggar Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 pada 29 April 2012.

3. Ahli politik PKR itu dituduh tidak mematuhi perintah dan menolak arahan untuk beredar dari kawasan kawasan larangan. Kesalahan itu dilakukan di Pulapol, Jalan Semarak, sehari selepas dia ditahan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur. Tian Chua juga mengaku bahawa beliau telah menghadiri perhimpunan haram Bersih 3.0.

4. Tian Chua telah menarik balik rayuan terhadap sabitan tersebut dan kini beliau menjalani hukuman penjara selama sebulan di penjara Kajang dan denda RM1,000. Tian Chua akan kekal sebagai Ahli Parlimen Batu walaupun Mahkamah Sesyen mendapati beliau bersalah.

5. Merujuk Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya akan dilucutkan sekiranya wakil rakyat terbabit dijatuhi hukuman penjara melebihi setahun atau denda sekurang-kurangnya RM2,000.

6. Namun, kenyataan beliau yang ‘menyifatkan amat tidak munasabah menghukumnya kerana dia berada di Pulapol secara paksaan dan tanpa persetujuannya’ adalah satu kenyataan yang boleh ditafsirkan menghina mahkamah (contempt of court). Pihak Mahkamah patut menilai kembali kenyataan beliau itu.

Sumber:klxpress

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY