'/>
Jika rujuk kepada laporan portal-portal di atas bertarikh 8hb September 2013, siapakah 'Menteri BN' yang dimaksudkan oleh Guan Eng DAP kerana yang 'melondeh' beliau hanyalah Huan Cheng Guan, Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Team (Semut)?

Dan kenapa Lim Guan Eng DAP begitu 'liat' untuk menyebut nama 'The STAR', akhbar milik MCA tetapi sebaliknya hanya menyebut 'BN-controlled mainstream media'? 
MiM percaya Guan Eng DAP akan menyebut dengan jelas nama Utusan Malaysia jika akhbar itu yang menyiarkan laporan itu.

Ada apa-apa ke di antara The STAR dan Setiausaha Agung DAP itu yang kita tidak tahu?

Di sini MiM buktikan beberapa kenyataan Lim Guan Eng DAP yang boleh dipersoalkan. Di antara omongan anak Kit Siang DAP di depan warga Pulau Pinang di Hong Kong :
Why should the people, especially lower-income groups, bear the pain of paying RM3.3 billion annually in increased petrol prices if no action is taken against those political bandits who steal the nation of RM 51 billion annually? more
Yang peliknya ialah Lim Guan Eng DAP tidak menyebut harga petrol yang sebenarnya di Malaysia. Kenapa beliau menyembunyikan perkara penting ini?

Apakah beliau takut warga Pulau Pinang di Hong Kong akan membandingkan harga petrol di Malaysia  dengan Hong Kong?

Mungkin ada benarnya kerana realitinya, harga petrol di Hong Kong jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan negara ini!

Harga RON95 di Malaysia : $0.61 per liter  
Harga RON95 di Hong Kong : $2.24 per liter (iaitu lebih 360% lebih mahal)
SUMBER:DR MIM


Shah Alam: Polis mengesyaki kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemui dalam sebuah kereta yang dihumban ke dalam lombong di Bestari Jaya, minggu lalu, berpunca daripada perebutan cicak tokek yang dikatakan bernilai tinggi di pasaran gelap.

Ketua Polis Selangor, Senior Deputi Komisioner Polis Datuk Shukri Dahlan, berkata pihaknya menahan 12 lelaki yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit termasuk ahli perniagaan wanita yang dikatakan pemilik cicak tokek itu. 
“Lelaki yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan bermula 1 September lalu hingga awal pagi semalam berusia antara 21 hingga 48 tahun manakala wanita terbabit dalam lingkungan usia 60-an. 


Bawa lari cicak tokek

“Siasatan mendapati cicak tokek terbabit dipercayai diberikan oleh pemiliknya kepada mangsa untuk disimpan atau dijual, namun mangsa dikatakan menghilangkan diri,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Shukri berkata, kumpulan suspek yang diupah pemilik cicak itu dikatakan berjaya mengesan lokasi mangsa lalu berlaku pergaduhan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Tembakan dilepaskan daripada senjata buatan sendiri itu mengenai rusuk kanan belakang badan mangsa. 
“Berikutan penahanan itu, polis merampas kain putih, beg hitam, sembilan peluru hidup sembilan milimeter, pemutar skru dan selaras senapang buatan sendiri serta sembilan telefon bimbit.

Suspek direman

“Semua suspek direman sehingga Khamis ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana membunuh dan memiliki senjata api,” katanya.

Pada 31 Ogos lalu, BH melaporkan, seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai dibunuh sebelum diletakkan dalam kereta yang ditemui separuh tenggelam di kawasan lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad, berkata mayat Syairul Helmi Azhar, dijumpai di lantai tempat duduk belakang dengan kesan cedera di belakang badannya.

sumber:BH

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY