Related Pots
Related Pots
MENGAPA PEGAWAI KERAJAAN TIDAK DIBENARKAN MEMBELI ASET DIBAWAH PARAS HARGA PASARAN DARIPADA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN KERAJAAN.
Mengapa ianya menjadi satu kesalahan untuk pegawai awam membeli hartanah pada harga diskaun atau di bawah paras harga pasaran daripada orang yang berurusan dengan kerajaan dianggap sebagai kesalahan rasuah?
Kerana hartanah ialah aset dan mempunyai nilai taksir harga pasaran.
Ia tidak berbeza dengan aset seperti saham sama ada di dalam sektor awam atau swasta ataupun emas atau kereta.
Sebagai contoh, jika anda membeli hartanah bernilai RM 6.5 juta pada harga diskaun sebanyak RM 2.8 juta, anda boleh terus menjualnya pada harga RM 6 juta (jual bawah harga pasaran RM 500k untuk cepat dijual) dan mendapat untung RM 3.2 juta.
Ini adalah kelebihannya dan ia sama seperti memberi anda RM 3.2 juta secara tunai.
Begitu juga jika seseorang membuat urusan dengan kerajaan menawarkan untuk menjual emas kepada anda bernilai RM 10 juta pada harga cuma RM 5 juta kerana mereka menghormati anda, ia bermakna mereka memberi anda RM 5 juta.
Atau pun, mereka menjual sebuah kereta kepada anda bernilai RM 500K, pada harga cuma RM 10K sahaja.
Menurut seorang peguam yang dipetik oleh Mkini hari ini, objektif Seksyen 165 adalah untuk menghukum pegawai awam yang menerima ‘hadiah’ dan hadiah tersebut ada menunjukkan seseorang berurusan dengan pegawai awam.
Sebenarnya, sama ada pemberi mendapat apa-apa kebaikan atau kelebihan daripada pemberian hadiah tersebut ia bukanlah satu kesalahan.
Ini adalah kerana ia dianggap bahawa anda telah mendapat KELEBIHAN disebabkan jawatan anda – dan ini bermaksud rasuah.
Undang-undang ini tidak unik di Malaysia dan undang-undang sama wujud di dalam hal yang berkaitan rasuah di negara lain.
Dan ini tiada kena mengena dengan besarnya rumah tersebut atau pun berapa mahal harga jika dibandingkan dengan rumah Lim Guan Eng.
Jadi, membandingkan rumah Lim Guan Eng dengan rumah ahli politik yang lain adalah tidak relevan.
Tindakannya membeli asset di bawah paras harga pasaran daripada orang yang berurusan dengan kerajaan yang membuatnya didakwa untuk kesalahan rasuah – dakwaan dan kes sama yang menyebabkan bekas menteri besar Selangor MB Khir Toyo dipenjara.
Ia adalah sangat mustahil penjual akan menjual rumah tersebut pada harga RM 3.7 juta pada bawah harga pasaran kepada Guan Eng jika tidak kerana jawatannya sekarang.
Jika anda tidak mempercayai saya, berapa banyak hartanah di Penang yang di tawarkan kepada anda dan rakan-rakan anda pada 60% dibawah harga pasaran?
Jika Lim Guan Eng tidak didakwa, maka semua menteri kabinet, ketua menteri, menteri besar, KSU, ahli EXCO, dan lain-lain akan mula menggunakan ‘jika anda sanggup membeli, saya sanggup menjual’ untuk membeli hartanah dan asset dengan berbagai taikun dan pemilik syarikat – sama ada disenaraikan atau tidak – SPRM dan LHDN tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah ‘sah’.
Bayaran melibatkan rasuah menggunakan harga dibawah pasaran atau penjualan asset pada kadar diskaun yang banyak akan menjadikan rasuah dan penipuan wang menjadi sesuatu yang sah kepada pegawai awam.
Contoh seperti idola rakyat singapura, apabila Lee Kuan Yew bersara sebagai Perdana Menteri di awal tahun 1990, beliau diberikan sebanyak 7% diskaun apabila beliau membeli unit kondominium yang baru di projek yang dinamakan ‘Nassim Jade’ daripada sebuah syarikat yang dimana abangnya ialah salah seorang ahli lembaga syarikat.
Di singapura dan juga di Malaysia, ia adalah tidak menjadi kesalahan apabila diskaun tersebut di tawarkan kepada ahli keluarga selagi ia adalah secara tertutup.
Apabila berita tentang ini tersebar, Lee Kuan Yew yang mana masih lagi seorang MP, meminta untuk hadir ke parlimen dan menerangkan bahawa hal tersebut adalah sah, kerana syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang urusan dengan kerajaan, dan ia terjadi apabila beliau sudah bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan tiada sebarang pengaruh, juga harga Kaki Persegi kondominium tersebut, dibeli dengan harga lebih tinggi daripada hartanah disekitarnya.
Walau bagaimana pun, beliau memberitahu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan tidak menyimpan apa-apa rahsia, beliau akan mendermakan nilai diskaun tersebut kepada badan kebajikan.
Didalam kes Lee Guan Eng, harga Kaki Per Segi yang dibayar, adalah sekitar 50% hingga 60% dibawah harga pasarandi sekeliling hartanah tersebut dan penjual ada beberapa urusan dengan kerajaan negeri – termasuk di dalam bidang dan kawasan yang dipengaruhi beliau.
Tidak seperti Lee Kuan Yew, Lim Guan Eng tidak mengaku bersalah dan tidak berniat untuk mendermakan nilai diskaun tersebut kepada kebajikan untuk membuktikan dirinya tidak menyembunyikan sesuatu.
Dan, selepas beliau didakwa, beliau menuduh kerajaan sengaja memerangkapnya, tidak mengundur diri dan beliau mengaku tidak membuat sebarang kealahan dan ianya cuma satu konspirasi.
~Dato Lokman Adam