Related Pots
Usul yg di bentang oleh Chong DAP secara ringkasnya menyatakan bahawa:
ADALAH KEINGINAN MAJORITI RAKYAT PERIBUMI SARAWAK UNTUK DISATUKAN DI BAWAH SATU IDENTITI IAITU BANGSA "DAYAK".
Menurut Chong DAP bangsa "DAYAK" adalah terdiri drpd berbagai etnik di Swk kecuali MELAYU.
Menurut beliau lagi, kaum DAYAK adalah terdiri dr Etnik berikut:
Bidayuh, Bukitans, Berawan, Bisayah, Dusun, Iban, Kadayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lakiput, Lugat, Lisum, Melanau, Murut or Lun-Bawang, Penan, Sian, Tagal, Tabun, Tering dan Ukit.'
Ayat Chong yg menjadi kemusykilan di sini ialah apabila beliau berkata:
"KEINGINAN MAJORITI RAKYAT PRIBUMI SWK.."
Apakah dan Bila masa kah Chong di beri MANDAT oleh semua kaum Etnik Swk utk mewakili "Keinginan" mereka utk di kategorikan sebagai Bangsa "DAYAK"..?
Semasa sidang Media, Chong DAP bertanya, mengapa YB BN bukan "DAYAK" bangun untuk membantah Usul beliau? Mana YB2 "DAYAK" dr BN tidak bersuara?
Sebenarnya YB Syarifah. Hasidah membantah dari aspek perundangan dan procedure.
Definisi Bumiputera Swk adalah dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Art.161A (7).
Apa yg Chong DAP perlu lakukan dahulu ialah mencadangkan supaya peruntukan dlm Perlembagaan Persekutuan di pinda dahulu. Pindaan ini hanya dapat dilakukan di Parlimen, bukan di Dewan Undangan Negeri.
Sebagai seorang Ahli Parlimen dan seorg Peguam, Chong DAP sepatutnya lebih arif ttg proses ini.
Tindak tanduk Chong DAP membawa usul definisi "DAYAK" dalam persidangan DUN kali ini adalah salah satu manifesto Hipokrit politik DAP yg bertaraf Wali.
Malah Chong tidak dapat menjawab bila di tanya apakah ada perbezaan antara kaum "Penan' atau 'Punan'.
Pendek kata, Chong DAP sebagai "Taiko" DAP Swk semakin berani utk bercakap spt menghina atau mengkotak-katik kecerdikan org Bumiputera Swk.