'/>

Ketua Menteri, Adenan Satem memberi amaran kepada pengendali lori hantu yang menanggalkan penghalang besi di Jalan Bakun selepas 24 jam ia dipasang oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kalau mereka tanggalkan satu penghalang, kita akan hapuskan tiga orang kuat mereka,” tegas Adenan.

Dia juga menjelaskan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu seolah-olah mencabar beliau sebagai Ketua Menteri.

“Saya tidak akan berkrompomi dengan individu yang tidak menghormati undang-undang terutama sekali mereka yang terlibat dengan pembalakan haram,” katanya.

Jalan sepanjang 120 kilometer dibina lebih 10 tahun yang lepas untuk keselesaan penduduk yang terjejas akibat pembinaan projek empangan hidroelektrik (HEP) Bakun.

Baru-baru ini, Jalan Bakun telah melalui kerja menurap semula melibatkan kos sebanyak RM30 juta.

Jalan Bakun sangat kerap digunakan oleh pemandu lori yang membawa muatan lebih tanpa lesen, balak dan tandan kelapa sawit. Kekerapan mereka menggunakan jalan itu mengundang kerosakan jalan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Belia Parti Bumiputra Bersatu (PBB) Belaga, Henry Kilah Talek turut mengecam tindakan pengusaha lori hantu itu.

“Tindakan mereka bukan hanya mencabar Ketua Menteri tetapi menunjukkan mereka lebih hebat daripada undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Rajang, Wilson Ugak Kumbong menggesa pihak berkuasa yang berkaitan mencari penyelesaian pantas.

Beliau turut mencadangkan lesen balak mereka yang terlibat perlu digantung jika mereka didapati mencabar kerajaan negeri secara terbuka.

“Negara ini mempunyai undang-undang dan kita perlu mematuhinya. Mereka yang tidak bertanggungjawab mesti ditangkap dan gantung lesen jika perlu.” kata Ugek.

Amaran untuk meletupkan Mahkamah Malaysia: http://youtu.be/NgZQcd8aCkk
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY