Foto:Sarawakupdate
Related Pots
Kita di Malaya ingatkan golongan ulamak dan PASMA berkelahi tapi rupanya mereka boleh keluar berkempen bersama di Sarawak.
Gambar di atas adalah gambar Haji Hadi dan Mahfuz di lapangan terbang Kuching pada tengahhari Jummat lepas menaiki MH2742. SOlat jumaat di mana Haji?
Ingatkan PAS dan DAP bbergaduh tapi perjanjian untuk PAS bantu DAP di Sarawak tetap kekal sebagaimana disetujui Lim Guan Eng dan Phahrolrazi di pejabat Guan ENg awal tahun ini.
Adakah pergaduhan PASMA-Ulamak, DAP Sarawak-DAP KL dan DAP Sarawak-PAS hanya lakunan saja?
Dr Hatta Ramli pun ada di Sarawak. Kelihatan sedang terbongkang tidor di Airport.
Dia dilihat kelihatan bersama dalam program yang dianjur oleh Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnian Hamdan @ Abu Siraj Almuner. DIa ni bukan ke PATI?
Program Hatta di Bekenu Miri di sebuah kedai kopi. Dia dilelong sebagai hero rakyat tapi masa banjir di Kuala Krai Kelantan, batang hidung pun tak nampak. Kencing punya kaki sik.
Baca versi blog di SINI
Dia di sana bukan untuk apa tapi untuk ajak rakyat berdemo di KL pada bukan Mei dan jual kalender..
Turut juga membuka pusat khidmat DUN Lamir di Taman Tunku Miri. Ukan guna apa pun tapi hanya untuk jadi pusat khidmat orang Kelantan yang berada di Miri.
ELok Adenan Satem hantar balik orang-orang Kelantan yang kerja gomen. Banyak ejen PAS berlaka.
DI kg Tukau Jaya Lambir, dia memberi sumbangan buat surau. Penipu dan OPPORTUNIS!!!
Kerajaan negeri dah nak buat surau tapi ada masaalah tanah sebab tanah dipunyai syarikat. Pergilah selesaikan masaalah tanah tu, Hatta!
Bang Put pula dilihat berada di Miri dan gambar di atas keliahatan Mahfuz sedang menyebar risalah. ENtah risalah atau buku komek Mr Bean terbaru berjodol Hello! Hello! Hello SIrul!
Pastinaya risalah isu GST yang sedang cuba di exploitasi.
DIa masuk Kampung Tek bawa beras dan gula komdian jaja akan selesaikan masaalah kemiskinan. Kelantan tu kenapa masih miskin lagi setelah berada lebih 25 tahun bawah PAS? DUit air dipusing ke urusan parti dan balak Kelantan menyebabkan bencana banjir.
Selepas itu dia ke Tamu Emart di Tudan untuk jual modal Sirul yang dah tak laku di Semenanjung jika tidak dihidupkan balik oleh Tun Dr Mahathirr.
Semalam Haji Hadi dijangkakan berada di Miri juga tapi telah ke Bintulu saja. Lalu terus balik KL.
Sumber:theunspinner.blogspot.com
Related Pots
Ini kali pertama, mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan tahap ketidakpuasan hati berhubung prestasi kerja agensi-agensi tertentu di negara ini.
Dalam satu pertemuan dan taklimat tertutup di Kuching, Khamis lepas, Adenan Satem menyatakan tidak puas hatinya terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa imigresen negeri itu.
Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.
Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.
Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.
"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.
"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," katanya Adenan yang jelas marah.
"Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."
Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.
Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.
"Alasan sebenarnya ialah, mereka takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.
"Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak? tanya Adenan kepada pegawai-pegawai yang hadir.
"Pandang rendah. Awak mahu jadi macam Sabah? Saya tak mahu jadi macam Sabah."
Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'.
Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan.
Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.
"Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."
Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.
"Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang mahu bertugas di sini. Sama ada anda berdedikasi atau sebaliknya
Sumber :theflyingkick