'/>

Sarikei:Kepada yang berminat anda dijemput untuk menyertai Pertandingan Dart Tertutup Bahagian Sarikei sempena Pesta Nanas dan Buah-buahan Sarikei 2017 Pada 17 - 19 NOV 2017 bertempat di DEWAN SUARAH SARIKEI. Pertandingan ini terbuka kepada semua yang bertugas di Bahagian Sarikei (Bintangor, Meradong,Julau,Pakan dan kawasan di bawah Pentadbiran Bahagian Sarikei ) dan yang bermastautin di Sarikei.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Perseorangan dan Beregu...Yuran yang dikenakan adalah RM 40.00 bagi perseorangan...RM 80.00 bagi beregu...Hanya 50 pasukan yang terawal (bagi setiap kategori) sahaja yang diterima...Borang Penyertaan boleh di ambil di JKR Bahagian Sarikei,Tingkat 7,Wisma Jubli Mutiara (En.Ricky bin Patiew), 084654040,  , Encik Chieng Heng Hui,(0128553612), Encik Sylvester Cheling ( 0194872916) atau saya sendiri En Syahiran Zarif Bin Harun (0138226119)Tarikh TUTUP PENYERTAAN ADALAH 15  NOV 2017 JAM 12.00  TENGAH HARI...Taklimat Dan Cabut Undi Pada 16/11/2017 pada pukul 2.30 Petang...

Hadiah bagi Johan Perseorang ialah RM 500.00+ TROFI, kedua RM300.00 +TROFI dan ketiga RM 200.00+TROFI
Hadiah bagi Johan Beregu ialah RM 800.00+ TROFI,
kedua RM 600.00+ TROFI dan ketiga RM400.00+ TROFI..

https://youtu.be/EO3Tg72z4eI

Kuching:YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah ,Menteri Kebajikan ,Kesejahteraan Komuniti ,Wanita. ,Keluarga  dan Pembangunan Kanak-Kanak mengatakan pihak Kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),Polis ,KDN  serta NGO seperti Pemadam memang sepenuhnya memerangi dadah.Satu Bengkel Penyelarasan Isu Dadah di Bahagian Limbang  pada 4-7 Mei 2017 telah berjaya menghasilkan Satu Pelan Tindakan Intervensi Bersepadu yang berbentuk penguatkuasaan dan bukan penguatkuasaan.

Pihak AADK Negeri Sarawak melalui AADK Daerah juga telah melaksanakan 108 program pencegahan melibatkan Bahagian Mukah,Miri,Betong ,Sarikei ,Bintulu,Sri Aman dan Sibu.Jabatan Narkotik Sarawak telah membuat  tangkapan 401 bagi kategori bekalan,kategori memiliki 1352 kes tangkapan ,kategori (urin positif)sebanyak 3408 berjaya dilakukan sepanjang Januari hingga September 2017.

Dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah pencegahan khas)1985[ADB(LLPK)1985] seramai 43 orang telah dikenakan tindakan dibawah akta ini antara bulan Januari hingga September 2017 dan sejumlah RM4,937,041 telah disita dibawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta)1988 oleh JSJ Negeri Sarawak.Selain itu usaha membanteras dan pencegahan kegiatan penyalahgunaan /pengedaran dadah seperti ceramah dan pameran di Sekolah,agensi kerajaan /Swasta mengenai bahayanya dadah.

Kuching:Menurut YB Datuk Hj Julaihi Narawi ,Menteri Muda Jalan Persisir  Pantai satu sesi dialog cadangan pembinaan Jambatan  Batang Rajang yang diadakan di Sarikei pada 25 Julai 2017 yang lalu.JKR pada masa kini sedang mengkaji  lokasi sebenar tapak jambatan tersebut serta jajaran jalan  yang paling sesuai sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perancangan Negeri untuk pertimbangan.Dijangka panjang jambatan ini adalah 1280meter.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY