'/>

Rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat.

Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.

“Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka di Permatang Pasir. Saya bergegas pulang selepas dihubungi anak,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati terdapat dua tompokan cat berwarna merah.

“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya.

Setakat ini beliau tidak menerima apa-apa ugutan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat untuk mengetahui punca kejadian itu dan sedang menjejak mereka yang melakukannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat,” katanya.

Sumber

Assalamualaikum.

Terasa terpanggil sedikit bila berbicara mengenai kawan... apa itu kawan...? Apa beza kawan dan sahabat...?

Bagaimana mahu jadi kawan yang baik? Bukan mudah... Kawan gelak senang, kawan ketika susah memang susah... lagi teruk kalau ada kawan makan kawan... 
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY