'/>

Presiden AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko mengesahkan seorang juruterbangnya dikesan positif dadah jenis morfin dan menjelaskan ia kerana pengambilan ubat batuk.

Menurut laporan media tempatan, Tempo dan dipetik oleh Malaysiakini.com, Sunu dalam sidang media di Jawa Timur berkata, juruterbang itu baru sahaja mendapat rawatan hospital kerana dijangkiti demam tifus dan masih mengambil ubat untuk memulihkan penyakitnya.

Sunu menambah, juruterbang, yang mendapatkan rawatan pada 26 hingga 29 Disember lalu, turut mengambil ubat batuk yang mempunyai kesan seakan-akan positif dadah.

“Ubat batuk seperti itu dapat memberikan hasil seolah-olah positif (dadah). Tapi, setelah diteliti lagi, (kesannya) boleh hilang,” Sunu dipetik sebagai berkata.

Tempo juga melaporkan Sunu sebagai berkata, penilaian lanjut terhadap juruterbang itu harus dilakukan kerana juruterbang itu tidak mempunyai rekod kerja buruk.

“Untuk pemeriksaan lebih lanjut, kami akan bekerja sama dengan Badan Narkotika Nasional,” Sunu dipetik sebagai berkata.

Pagi tadi, seorang juruterbang AirAsia dilapor positif dadah setelah menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.

Beliau menerbangkan pesawat dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dengan pesawat AirAsia QZ7510.

Dengan penemuan tersebut, juruterbang itu kini tidak dibenarkan membawa pesawat.

Soalnya jika benar morfin tersebut dari ubat batuk, wajarkan seorang juruterbang di bawah pengaruh ubat batuk dibenarkan memandu kapal terbang? Jika kita mengambil ubat batuk, Doktor jelas melarang kita memandu kereta, inikan pula kapal terbang.

Sumber

Menteri telah mengumumkan harga minyak akan diturunkan berkuat kuasa hari ini. Langkah ini berikutan harga pasaran minyak dunia menurun.

Selama ini pihak pembangkang asyik memperkatakan tentang harga minyak kita yang masin tinggi meskipun harga minyak dunia menurun. Rakyat juga 'memberontak' dengan kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak tidak berapa lama dahulu.

Pembekal dan pengendar barangan menjadikan alasan menaikan harga jualan kerana kenaikan harga minyak. Biasanya sebaik sahaja harga minyak diumumkan akan naik para penjual cepat-cepat menaikkan harga jualan mereka meskipun barangan berkenaan dibeli dengan harga lama yang tidak terlibat dengan kenaikan harga minyak. Demikianlah peniaga dan pembekal dalam usahanya 'mencekik darah' pembeli. Namun kerajaan juga yang disalahkan.

Esok, harga minyak akan diturunkan. Yang pasti sudah tentu pembekal dan penjual masih tidak akan menurunkan harga barangan mereka kerana alasan mereka membeli barangan berkenaan dengan harga tinggi sebelumnya harga minyak diturunkan. Namun mereka lupa bahawa dalam keadaan sama ketika harga minyak naik, tidak pula mereka menunggu menaikkan harga barangan sehigga kehabisan stok barangan lama.

Beginilah dasar peniaga 'pencekik darah' dan seperti yang dikatakan tadi bahawa akhirnya kerajaan juga yang disalahkan oleh rakyat serta peniaga sendiri yang mendapat keuntungan tetapi menuding jari menyalahkan orang lain.

Parti politik pembangkang juga sentiasa mengambil kesempatan diatas 'kedunguan' sebahagian rakyat dengan berdemo disana nini membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan. Mereka juga jadikan alasan kenaikan harga barangan yang menyusahkan rakyat untuk mendapat simpati dan sokongan rakyat dalam usaha mereka memburukkan kerajaan. Namun apabila harga minyak diumumkan turun oleh kerajaan tetapi harga barangan masih tidak juga turun, apakah mereka akan juga berdemo menuntut harga barangan diturunkan?

Jika tidak, jelaslah bahawa pembangkang bukannya berjuang untuk rakyat dengan sepenuh keikhlasan, sebaliknya hanya ingin melihat kerajaan memerintah tertekan dan dalam keadaan tidak stabil serta dalam masa sama cuba mendapat simpati dan sokongan rakyat.

Apakah pembangkang begini yang kita kehendaki dalam membela rakyat? Katakanlah tidak kepada mereka. Serta tolaklah mereka dalam pilihanraya akan datang kerana sebenarnya mereka tidak jujur dalam membela rakyat.

~ Tok Awang Selampit

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY