'/>

LUNDU:Meneliti keperluan dan kehendak pengundi Tanjong Datu bagi mereka keluar mengundi pada hari mengundi adalah lebih penting, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memfokuskan usaha untuk meningkatkan peratusan pemilih keluar mengundi,
khususnya anggota parti itu, pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu pada 18 Feb ini.

Abu Seman Karim, berkata semua jentera bergerak bersepadu menjalan gerak kerja secara keseluruhanya di lihat amat baik.

Pemangku Ketua PBB Cawangan Tanjong Datu, Abu Seman Karim berkata Lagi tiga strategi telah dirangka untuk tujuan berkenaan iaitu kempen dari rumah ke rumah, pemasangan poster dan bendera serta program ceramah di 15 daerah mengundi.

Beliau berkata semua anggota PBB cawangan itu termasuk daripada sayap Pemuda dan digerakkan di semua 37 cawangan dalam PBB Tanjong Datu untuk tujuan itu.

Abu Seman berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Anggota Jawatankuasa Cawangan PBB Tanjong Datu di sini, hari ini,dan kesemua bahagian juga akan sama-sama membantu dari segi tenaga dan logistik bagi mengerakan agensi jentera kesemua daerah dan kawasan.

Beliau berkata bahan kempen akan diedar mulai esok, manakala kerja memasang poster dijangka bermula Selasa ini.

-RK.

PARTI BANSA DAYAK SARAWAK BARU (PBDSB) IMPORT CALON PAN? ADAKAH PBDSB KETANDUSAN PEMIMPIN!

PBDSB telah meletakkan calonnya Rapelson Richard Hamit untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjung Datu yang 'diimport' dari Parti Amanah (PAN). Rapelson, 30-an pernah bertanding atas tiket PAN di kerusi DUN Gedong pada pilihanraya Negeri ke-11, 7 Mei yang lalu.

Tindakan PBDSB yang meletakkan calonnya Rapelson pada pilihanraya kecil Tanjung Datu kali ini jelas menunjukkan bahawa parti itu sudah ketandusan calon dan tiada pemimpin berkaliber yang boleh dipilih dari kalangan parti PBDSB itu sendiri. Tindakan mengimport calon dari parti lain jelas memperlihatkan kelemahan parti tersebut yang tiadanya muka baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili parti tersebut.

Presiden PBDSB, Cobbold John Lusoi, berkata pihaknya mencapai persetujuan dengan PAN untuk mencalonkan Rapelson. Taktik menggunakan calon dari parti Pakatan Harapan memperlihatkan strategi politik parti pembangkang tempatan yang ketandusan idea dan calon sehingga sanggup mengadaikan maruah parti politik mereka.

Hakikatnya Rapelson adalah merupakan ahli PAN dan walaupun persetujuan pucuk pimpinan PAN membenarkan beliau bertanding atas tiket PBDSB sebenarnya memburukkan lagi imej parti pembangkang tempatan tersebut yang langsung tidak bermaruah seolah-olah, parti PBDSB tiada lagi calon sesuai yang boleh diketengahkan untuk pilihanraya kecil bagi mewakili parti tersebut.

PBDSB sebenarnya sudah tertewas pada pilihan raya kecil ini kerana mereka meletakkan Rapelson sebagai calonnya yang langsung tidak menunjukkan semangat dan imej sebenar parti PBDSB.

LABUAN: Seorang Pengarah syarikat pembekal peralatan cari gali dan seorang Pegawai Penyelaras sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Wilayah Persekutuan Labuan hari ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu dan bersubahat melibatkan wang berjumlah RM789,360.

Pengarah tersebut, Datuk Kok Chung Fui, 43 tahun didakwa dengan 28 pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Manakala Pegawai Penyelaras syarikat GLC, William Edmund Silla, 43 tahun pula didakwa dengan 28 pertuduhan mengikut seksyen yang sama dan dibaca bersama Perenggan 28(1)(b) Akta 694.

Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan satu hingga 28, Chung Fui sebagai Pengarah CK Oil & Gas Sdn. Bhd. telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. berkaitan pembekalan peralatan berjumlah keseluruhan RM789,360 sedangkan peralatan tersebut tidak dibekalkan.

Manakala William pula didakwa bersubahat atas perbuatan tersebut dengan menandatangani dokumen-dokumen berkaitan.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Scomi Oiltools Sdn. Bhd., Labuan Integrated Base, Labuan pada 18 September 2013.

Jika sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kedua-duanya turut dikehendaki melaporkan diri di Pejabat SPRM Labuan awal minggu pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 10 April sebagai tarikh sebut semula kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Rozanna Abdul Hadi dan Rustam Sanip. 


Sibu:Kebakaran yang berlaku di Lorong Burung Merbuk Teku, Sibu sekitar jam 1.40 awal pagi tadi melibatkan 5 buah rumah terbakar dan beberapa buah kenderaan turut terbakar. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Samarahan:Kira-kira 226 orang kaki judi berjaya ditahan oleh pihak polis di sebuah pusat aktiviti sabung ayam di Taman Belian, Kota Samarahan kira-kira jam 3.35 petang tadi. Kesemua yang ditahan telah pun dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan selanjutnya.

Menurut maklumat awal, hasil serbuan yang dijalankan oleh pihak polis tersebut, pihak polis telah menyita 21 ayam sabung hidup, cip perjudian dan sejumlah wang tunai. Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan, Ordinan Haiwan 1962.

Lundu :Raphaelson kali ini adalah calon PDBS Baru di Tanjong Datu N03 pilihan raya kecil pada 18 Februari.

Seolah-olah seorang lelaki muda yang agak keliru, Raphael berdiri di atas tiket Amanah dalam tinjauan sebelumnya, tetapi kalah teruk kepada Naroden Majais dalam Gedong. Kelas-kelas akan berulang dalam pelbagai bentuk sehingga belajar anda.

Lundu:Sesi randau ahli PBB ranting Kampung Sungai Belian dan Kampung Rayu, Lundu. #PRKTanjongDatu

Info @mediasarawak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY