'/>

Rupanya macam tu je proses nak minta orang Barat ni berbunyi.
WAYANG DAN LAKONAN RIUH RENDAH JABATAN KEHAKIMAN AS

Raja Petra Kamarudin

Beberapa orang rakan telah menghubungi saya untuk bertanyakan samada saya akan memberi reaksi balas terhadap keterujaan terbaru yang melibatkan sidang media Jabatan Kehakiman AS semalam. Sebenarnya saya dan isteri sedang berada di Poland dan akan memandu ke Austria, suatu perjalanan yang memakan masa seharian.

Walau bagaimanapun, untuk memuaskan hati sebahagian daripada anda dan untuk mengelakkan dari dituduh enggan mengulas mengenai isu ini, saya akan menulis pandangan saya tetapi tidaklah sepanjang 3-4 mukasurat seperti biasa.

Pertamanya, saya pernah melihat keterujaan seperti ini tidak lama dahulu yang kemudiannya pudar dan mati dengan begitu sahaja. Sebagai contoh adalah kononnya terdapat kes di mahkamah Perancis yang diwar-warkan sebagai perbicaraan terbuka mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibbu.

Saya berasa begitu teruja dan telah pergi ke Paris untuk menghadiri perbicaraan tersebut yang turut disertai oleh editor Free Malaysia Today. Apa yang kami dapati adalah kami telah diberi maklumat yang salah oleh Suaram. Ia bukan suatu perbicaraan terbuka tetapi sekadar siasatan tetutup di dalam kamar hakim. Maksudnya, ia tidak terbuka kepada umum ataupun bukan suatu perbicaraan.

Seterusnya, kami dapati ia juga bukan tentang pembunuhan Altantuya tetapi mengenai samada terdapat warganegara Perancis atau entitinya yang terlibat dengan korupsi yang melibatkan penjualan dua buah kapal selam kepada Malaysia. Dan penyiasatan tersebut adalah semata-mata berdasarkan aduan Suaram yang mendakwa kononnya mereka mempunyai "locus standi" untuk membuat aduan tersebut yang kemudiannya terbukti sebagai aduan palsu.

Pengalaman tersebut merupakan satu anti-klimaks yang besar dan setelah bertahun-tahun sehingga hari ini, masih belum terdapat sebarang perbicaraan mengenai pembunuhan tersebut.

Episod terbaru Jabatan Kehakiman AS adalah hampir serupa dengan apa yang pernah kita percayai mengenai perbicaraan di Perancis. Selepas menonton video sidang media itu semalam, kelihatan Jabatan Kehakiman AS bercakap berdasarkan syak wasangka dan bukan berdasarkan fakta yang telah dibuktikan. Berdasarkan respon terhadap soalan yang ditujukan kepada mereka, mereka menjawab bahawa siasatan masih dilakukan dan sebahagian daripada fakta masih belum boleh disahkan lagi.

Adakah keterujaan AS akan berakhir seperti keterujaan Perancis beberapa tahun yang lepas? Sampaikan aduan di Perancis telah ditutup dan tidak lagi wujud. Sehingga kini, tiada siapa yang memaklumkan kepada kami sebarang berita mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis yang sememangnya tidak wujud.

Maka sebelum saya menjadi teruja dan bergegas ke Washington pula, seperti yang pernah saya lakukan di Paris beberapa tahun lepas, marilah kita melihat ke arah manakah semua ini akan membawa kita.

Jabatan Kehakiman AS sedang mengambil tindakan berdasarkan aduan oleh ANC (Anti-Najib Campaign). Saya masih teringat akan perkara sama yang saya lakukan 16 tahun lalu, iaitu pada tahun 2000 (ketika itu adalah Free Anwar Campaign). Saya pergi ke Washington dan telah membayar sebuah firma pelobi AS agar dapat membawa kes 'tahanan politik' Anwar Ibrahim yang dibuat berdasarkan 'dakwaan palsu' dan 'bukti palsu liwat' untuk perhatian kerajaan AS.

Kaedah yang dilakukan di AS, seperti yang pernah saya sendiri lakukan, adalah dengan membayar firma AS sejumlah wang yang besar dan mereka akan melobi sehingga kes anda didengari. Pada akhirnya, tidak banyak perkara yang boleh berlaku (sama seperti kes Anwar yang saya bawa pada tahun 2000) tetapi anda boleh pastikan mereka akan membuat 'bising' sebanyak dan sekuat mungkin (seperti apa yang pernah kami lakukan pada tahun 2000).

Saya tidak pasti siapa yang dilantik Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk bekerja dengannya di AS (Anwar mempunyai saya pada tahun 2000). Tetapi siapa sahaja individu tersebut, Najib perlu memecat beliau dengan segera dan melantik individu lain yang tahu bagaimana untuk menjalankan tugas. Sekiranya Najib melantik saya dengan bajet beberapa juta, saya tahu apa yang perlu dilakukan. Saya pernah lakukan untuk Anwar dan jumlahnya tidak sampai RM1 juta.

Sudah semestinya, bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu bagaimana perkara seperti ini dilakukan di AS akan menjadi kecoh dan menjadi teruja. Tetapi, bagi kami yang tahu bagaimana mekanisma ini berfungsi, saya akan kekal tenang dan terus memandu dari Poland ke Austria bersama isteri, seperti yang akan saya lakukan dalam tempoh 1 jam dari sekarang.

Apapun, kita akan berbicara lagi setelah saya sampai di Austria.

Majlis Sambutan Perayaan Hari Sarawak ini telah dirasmikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak & turut dihadiri YAB Ketua Menteri Sarawak. Sambutan meriah dengan kehadiran tetamu kehormat & warga Sarawak menyaksikan menyambut Hari Sarawak pada hari ini 22 Julai 2016. Terdapat Persembahan Khas sempena Sambutan Hari Sarawak & juga Pameran Bersejarah menyusuri Kemerdekaan Sarawak.

#HariSarawak #SarawakDay #sodiakroks

Perjumpaan dan Mesyuarat ADUN N43 Daro, YB Safiee bin Haji Ahmad dengan semua ketua-ketua Masyarakat dan Kaum bagi kawasan N43 Daro di bawah pentadbiran Daerah Meradong.

Mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan & perancangan beberapa projek seperti RTP, PBR, JPD, PMR dan lain-lain bagi kawasan N.43 Daro di bawah pentadbiran daerah tersebut.

#N43DARO
#SASA

21 Julai 2016, Khamis
Pejabat Daerah Meradong
Foto by FB Adun N43 Daro

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY