'/>

Petang semalam di Boulavard Shopping Mall, segalanya terbongkar. Rupanya sebelum ini S4S didalangi oleh DAP. Menggunakan pentas program pendidikan, DAP menerusi YB Chong Chieng Jen telah secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap Akta Referendum.

DAP Sarawak yang kini bergerak solo meninggalkan rakan mereka iaitu PAS dan PKR dilihat amat-amat memerlukan undi Bumiputra untuk meneruskan cita-cita mereka menguasai Sarawak.  Mereka telahpun mewar-warkan akan bertanding kawasan-kawasan PAS dan PKR yang diketahui majoritinya Bumiputra.

Sarawak For Sarawakians hanyalah platform untuk mereka memasukkan racun kebencian kepada Barisan Nasional. Kebanyakan ahli S4S adalah Bumiputra. Mereka memang pakar dalam mendatangkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Lihatla apa yang mereka lakukan di Semenanjung Malaysia. Sekiranya mereka dapat meracuni pemikiran ahli-ahli S4S ini untuk membenci kerajaan, ini petanda positif sokongan akan beralih kepada mereka.

Ahli-ahli Sarawak For Sarawakians yang menyangka perjuangan mereka adalah perjuangan suci untuk rakyat Sarawak sebenarnya diperBODOHkan oleh DAP.Sumber:SG



| Copyright © 2013 MERADONG TODAY