'/>
Perkembangan di Selangor dan tindakan sembrono PKR yang memecat Khalid Ibrahim daripada keahlian dalam PKR hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak Anwar Ibrahim yang enggan masuk penjara dan pada masa yang sama, mahu membolot kekayaan Selangor yang telah dikumpulkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan dibelanja dengan penuh 'kedekut' oleh Khalid Ibrahim.

Pakar forensik Belanda telah mengenal pasti mayat dua lagi rakyat Malaysia yang terbunuh dalam nahas pesawat MAS MH17.

Ia adalah daripada 21 lagi mayat yang berjaya dikenal pasti.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Kehakiman Belanda pada Jumaat, 16 lagi mangsa adalah rakyat Belanda dan masing-masing seorang rakyat Jerman, Kanada dan Britain.

Pada masa yang sama, pakar dari Belanda yang sebelum ini berada di tapak nahas mulai tiba dari timur Ukraine apabila pertempuran menyebabkan proses penyiasatan ditangguhkan.

Terdahulu pakar forensik berjaya mengenal identiti seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Elaine Teoh, 27, yang berasal dari Pulau Pinang.
Identiti mangsa Alumni Universiti Melbourne ini berjaya dikenalpasti dalam tempoh dua hingga empat hari lalu.

Pihak polis telah menghantar wakil untuk memaklumkan kepada keluarga Teoh untuk pengesahan.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenan masih belum dapat dikenalpasti sehingga kini. – bnbbc.my

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY