'/>

Melihat perbicaraan Dr. Mohamad Khir Toyo pada siang tadi menimbulkan seribu tanda tanya mengenai tuduhan dan dakwaan terhadap Mohamad Khir. Jika beberapa hari lalu penulis menulis mengenai lawak jenaka perbicaraan Khir, hari ini keadaan lebih teruk lagi. Mungkin para peserta Maharaja Lawak boleh datang ke Mahkamah untuk menyaksikan badut-badut pendakwaraya membuat sandiwara mereka.
Saksi ketiga pendakwa (SP3), Nasir Ismail yang beria-ia mempertahankan bahawa Dr. Khir dan Datuk Shamsuddin membayar berjuta-juta kepada beliau sejak 2006 gagal menunjukkan sebarang bukti kehadiran wang tersebut.
Malahan niat jahat (mala fide) saksi pendakwa ini sangat ketara apabila pada suatu ketika beliau menyatakan bahawa duit yang Shamsuddin beri kepadanya sekitar RM 2.5 juta (saksi mendakwa menerima sebanyak 4-5 kali RM 500 ribu dari  Shamsuddin) merupakan duit Dr. Khir. Bagaimanapun beliau langsung tidak menjelaskan bagaimana beliau tahu sedangkan beliau mendakwa menerima daripada Shamsuddin secara berseorangan.
Nasir beberapa kali menimbulkan ketawa sinis galeri apabila sering memberi jawapan tidak tahu, tidak pasti dan tidak ingat mengenai jumlah wang yang beliau bawa ke Indonesia untuk membeli barang. Beliau juga tidak ingat apa jenis barang yang dibeli beliau pada 2006 ketika kali pertama ke Indonesia untuk membeli barang bagi tujuan ubah suai rumah Shamsuddin.
Beliau juga mengakui bahawa Shamsuddin membayar beliau antara 4-5 kali mulai Mei 2006.
Peguam bela kemudiannya mengemukakan bukti bahawa beliau dan Dr. Khir menandatangani satu perjanjian bagi meneruskan ubah suai rumah terbabit sebanyak RM 600 ribu selepas Dr. khir membeli rumah tersebut.
Namun apabila ditanya oleh peguambela mengenai bayaran yang diterima oleh beliau pada 2007 dari Dr. Mohamad Khir, beliau menjawab beliau lupa. Ini menimbulkan kelucuan kepada orang awam dan pegawai mahkamah memandangkan beliau boleh ingat jumlah yang beliau dakwa diberi oleh Datuk shamsuddin dan Dr Khir kepadanya pada 2006 tetapi tidak ingat bayaran pada 2007.
Athimulan:  Selepas tanda tangan perjanjian ini, awak ada terima 3 cek iaitu:
i.  cek Maybank No 0055008 (4/7/2007 – jumlah RM100k)?
Nasir:  Saya ada terima cek ini. Saya tak ingat samada saya ada “cashkan” cek tersebut. 
Athimulan:  Cek kedua (005010 ; 8/8/2007 – jumlah RM100k)?
Nasir:  yang ini saya tak ingat.
 Athimulan – memang awak ada terima cek RM100k ini dan telahpun ditunaikan?
Nasir: saya lupa.
Athimulan: Cek ketiga bernombor 005011 pada 10.9.2007  berjumlah RM200 ribu  ada terima dan tunaikan cek itu?
Nasir: saya lupa.
Athimulan:  awak ada terima dan ada cash kan?
Nasir - Saya lupa. tolong bagi buktinya.
Athimulan: Ada terima RM400 ribukan?
A – Saya lupa. Saya lebih tumpu kepada kerja. Saya orang seni. Perkara wang penting kepada saya tapi saya orang seni.
 Jawapan beliau ini menyebabkan sekali lagi terdengar gelak ketawa kecil dari galeri. Ramai yang merasa aneh bagaimana saksi yang boleh mengingati jumlah wang yang terima pada 2006 tetapi lupa jumlah wang yang diterima pada 2007.
Ketika menjawab soalan balas semula oleh Pendakwaraya, Nasir mendakwa beliau telah menyiapkan pengubahsuaian rumah tersebut sepenuhnya.
Namun jika dilihat rekod keterangan Nasir pada Khamis lalu, beliau menyatakan tidak menyiapkan pengubahsuaian rumah Dr. Khir kerana berlaku demontrasi di hadapan rumah tersebut.
Perubahan kenyataan Nasir ini sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya di mana bukti-bukti jelas dan keterangan yang tidak dapat disangkal seperti yang didakwa olehPeguam Negara.
Melihat kesungguhan pendakwaraya meneruskan kes ini biar pun kenyataan saksi yang penuh percanggahan menunjukkan mereka akan berbuat apa sahaja untuk memenjarakan Dr. Khir bagi memberi imej yang baik kepada SPRM, Pejabat pendakwaraya dan mungkin juga UMNO Selangor.
Jika melihat kenyataan Nasir dan Shamsuddin dalam perbicaraan ini kita dapati pendakwaraya berhempas pulas mahu memastikan Dr. Khir bersalah atas tuduhan membeli sebuah rumah dengan harga RM 3.5 juta biarpun mengetahui harga rumah tersebut RM 6.5 juta.
Niat jahat pendakwaraya terserlah apabila setiap isu berkaitan wang mereka akan mengaitkannilai rumah sebagai RM 6.5 juta.
Pertamanya, semasa membawa perjanjian jual beli antara Shamsuddin dengan saiful (pemilik rumah asal) mereka mendakwa Shamsuddin membeli rumah tersebut dengan harga RM 6.5 juta mengikut perjanjian jual beli rasmi dan perjanjian jual beli tambahan. Perjanjian jual beli asal bernilai RM 5 juta. Kemudiannya, Shamsuddin dan saiful membuat satu perjanjian lain membabitkan ”a subordinate or supplementary item” seperti kolam renang, trek jogging dan Gazebo. Malangnya, Hakim dalam perbicaraan membuat komentar bahawa supplementary item ini sepatutnya termasuk dalam nilai hartanah yang dijual iaitu sebanyak RM 5 juta.
Menyedari kemungkinan Hakim akan menolak harga RM 1.5 juta tersebut, pendakwaraya datang dengan satu lagi teori pada sebelah petang tadi apabila Shamsuddin, yang datang semula ke Mahkamah, mendakwa beliau membayar kos ubah suai rumah tersebut sebanyak RM 1.5 juta kepada Nasir.
Mengapa Shamsuddin perlu mengemukakan jumlah tersebut sedangkan pada asalnya Nasir mengatakan harga ubah suai yang dibayar oleh Shamsuddin ialah sebanyak RM 2.5 juta? Jawapan ialah pendakwaraya cuba menggenapkan angka RM 6.5 juta itu bagi menepati kehendak tuduhan. (Awas pendakwaraya mungkin mengubah jumlah pertuduhan bagi tujuan mengenakan Khir).
Keduanya, Pendakwaraya seolah-olah cuba berterusan menanamkan idea harga rumah tersebut kepada orang ramai ialah RM 6.5 juta melalui keterangan Nasir. Nasir dalam keterangannya pada Khamis lalu mendakwa beliau menerima RM 500 ribu sebanyak 4-5 kali dari Datuk Shamsuddin (RM 2 – 2.5 juta) dan menerima RM 500 ribu sebanyak 7-8 kali dari Dr. Khir (RM 3.5 – 4 juta).
Dengan tiba-tiba sahaja akhbar-akhbar pro kerajaan seperti Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan Dr. Khir mengubahsuai rumahnya sebanyak RM 6.5 juta. Apakah ini bukan satu okestra untuk menanamkan ke dalam kepala otak orang ramai dan hakim bahawa rumah tersebut dinilai dari segi apa pun memang berharga RM 6.5 juta?
Mengapa Utusan datang dengan harga RM 6.5 juta bukannya RM 5.5 juta? Adalah sesuatu yang aneh juga untuk sebuah akhbar seperti Utusan membesarkan kenyataan seorang saksi tanpa sebarang bukti dokumen terutamanya membabitkan pemimpin UMNO.
Sehingga hari ini Nasir tidak berupaya menunjukkan sebarang bukti bahawa ia mendapat wang sebanyak itu. Malahan beliau juga tidak mengemukakan sebarang dokumen bahawa beliau telah membeli barang untuk rumah itu sekurang-kurangnya dengan harga RM 3 juta (dengan andaian RM 3.5 juta lagi adalah kos pekerja dan keuntungan untuknya).
Jika menurut dokumen yang ditanda oleh pihak pendakwa, jumlah pembelian barangan beliau tidak sampai RM 500 ribu untuk ubah suai rumah tersebut.
Walaupun peguam Dr. Khir berharap kes ini adalah kes undang-undang, namun mereka yang memahami sepak terajang politik merasakan bahawa ada tangan-tangan untuk memastikan Dr. Khir dipenjara seperti Datuk Harun.
sumber:MYkmu

Nah Ambil Lah Ni Buat Beli BMW X6

Akibat dari kesilapan Wartawan yang menulis RM100 Juta maka kecoh habis dunia Politik tanahair dengan serangan bertubi tubi terhadap Dato Seri Utama Rais Yatim. Kesilapan Wartawan yang kemudiannya telah di perbetulkan tidak di endahkan pihak yang memang anti pada Kerajaan dan kesannya D.S.Rais Yatim mendapat tempias nya.

Yang menyalak sana sini adalah di kalangan pembangkang dan termasuklah juga dengan si RockyNgah yang Dendam nya tak sudah sudah terhadap D.S.Rais Yatim. Buat RockyNgah udah udahlah tu, BERNAMA TV dah di ambil balik Kementerian Penerangan dan Hutang Piutang pun dah selesai. Tok Sah nak buat kerja Gila nak keluar cerita RM10 juta pulak.

Dah lah Juak Pakatan Pembangkang SPIN isu RM100 Juta ni Kaw Kaw, Ada pulak si RockyNgah yang tokok tambah nak bagi cerita lagi sedap rekayasa RM10 Juta. Apake BENAK si RockyNgah ni? Meroyan apa lagi dengan Rais Yatim?

Gua dengan RockyNgah takda lah kenal sangat pun, kalau nak banding dengan dia yang bergelar DATUK ni apa lah standard aku. Sama lah jugak dengan Status keewangan aku ni, bukan mewah sangat pun tak mampu nak pakai BMW X6 macam RockyNgah pakai.

Buat Dato RockyNgah udah udahlah tu, Fokus je pada Projek Projek lain yang ada dalam tangan. Jangan lah dek kerana SKMM ambil lu punya Laptop dan soal siasat lu sampai nak dendam bagai tak sudah. Gua pun kena panggil SKMM tapi Rileks je. PDRM Rampas Laptop gua pun Gua tenang je. Nak gelabah apanya RockyNgah?

Apa pun buat Puak Pembangkang dan RockyNgah yang Spin isu Rais Yatim RM100 Juta dan 10 Juta ni minta ada Faham Fakta dan penjelasan dari wartawan yang telah mengakui kesilapannya dalam membuat liputan Hari Seniman.


KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas, kata Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki Din, Isnin.

Beliau menjelaskan laporan media yang mengatakan bahawa perbelanjaan RM100 juta digunakan bagi sambutan itu merupakan salah faham.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya kepada Bernama hari ini.

Di bawah Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara. Pada program Sepetang Bersama Seniman sempena sambutan Hari Seniman 2011 di Kompleks Kraf di sini pada 29 Mei lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegur pengamal dan penggiat seni yang tidak menghargai usaha kerajaan mengiktiraf penglibatan mereka melalui sambutan Hari Seniman yang diadakan itu.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan KPKK Fauzia Sabiri berkata pihak kementerian telah membantu pembangunan para penggiat seni melalui pinjaman dana industri kreatif yang diuruskan bersama oleh kementerian dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Selain itu, katanya terdapat dana geran pembangunan industri kreatif yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di samping bantuan kebudayaan yang diberi kepada badan bukan kerajaan yang bergiat dalam bidang seni, budaya dan warisan yang lain.
-- BERNAMA

So kalau lu orang tak faham bahasa lagi ada baiknya lu orang pi Jumpa Nik Ajis dan pakat sembah Berhala kat Kelantan tu. Gua rasa Nik Ajis mampu memberi pemahaman buat lu orang ni semua.

Ops...sebelum itu kepada pengkomen Pengkomen yang akan Komen Gua ni Jilat Rais Yatim gua persilakan sebab memang Gua ni Kaki Jilat sama macam RockyNgah yang Jilat Tauke CINA Bekas BOSS Bernama TV tu!!!

Cuma Moral nya gua ni Blogger Nyamuk dan RockyNgah Elitis!!!
sumber:papa gomo
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY