'/>
KUALA LUMPUR 4 Sept - Salah seorang suspek yang disyaki bertindak menghina gambar Perdana Menteri pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu disahkan dalam tahanan pihak polis.
 
Bukit Aman menahan seorang pelajar kolej swasta di Taman Maluri, Cheras pada jam 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan.
 
Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman.
 
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
 
Turut dibawa bersama suspek, dua rakan sekuliahnya yang merakamkan perbuatan melampau suspek pada malam kejadian.
 
Kesalahan menunjukkan punggung pada gambar pemimpin negara yang dianggap sebagai satu penghinaan dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Hasutan.


Sumber: http://klpos.com/jenayah/14912-suspek-hina-gambar-pm-ditahan?

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY